Majlis iftar bersama anak-anak yatim anjuran McDONALD’S MALAYSIA dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia dengan kerjasama PPZ-MAIWP bersama tetamu kehormat SS Mufti Wilayah Persekutuan.
Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada 16 Mei menganjurkan Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsu Maju, Kuala Lumpur.
Seramai 500 orang anak-anak yatim dari Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota Setapak, Titian Kasih. Pusat Jagaan Kasih Murni, Darul Fikir. Baitul Hasanah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha, Rumah Penyayang Darul llmi dan Baitul Ehsan menjadi tetamu khas pada malam itu.
Majlis iftar bersama anak-anak yatim anjuran McDONALD’S MALAYSIA – tazkirah oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM5,000 daripada RMHC. Lebih istimewa lagi, sambutan majlis berbuka puasa ini turut di hadiri oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
“McDonald’s Malaysia amat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak dari 10 rumah kebajikan pada malam ini. Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami untuk membayar zakat bagi membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia,” – Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankiasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.
Ukhwah antara PPZ-MAIWP dan McDonald’s Malaysia– Majlis iftar bersama anak-anak yatim anjuran McDONALD’S MALAYSIA
UN dimaklumkan bahawa majlis ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan kedua-dua pihak dengan meraikan Ramadhan bersama insan yang kurang bernasib baik.
Selain itu, program seperti ini secara tidak langsung menyemarakkan budaya sedekah dalam masyarakat. Diharapkan melalui program ini juga PPZ-MAIWP dan McDonald’s Malaysia berjaya tanam dalam minda separa sedar anak-anak tentang kepentingan dan kelebihan sedekah dan zakat secara tidak langsung.
Diharapnya pada masa akan datang, anak-anak ini akan turut memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan setelah mereka dewasa kelak.
Tahniah PPZ-MAIWP dan McDonald’s Malaysia atas keprihatinan mereka terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Semoga lebih banyak syarikat korporat akan mencontohi PPZ-MAIWP dan McDonald’s dalam menjalankan tanggungjawab korporat. Semoga lebih ramai mereka yang kurang bernasib baik dapat dibantu selepas ini. InsyaAllah.
#McDIndahnyaRamadan
#McDonaldsMalaysia
FB : Live fb
Ig : https://www.instagram.com/explore/tags/unxmcdonalds/
Alhamdulillah.. Tahniah McDonald’s..!!
Semoga program ini memberi keceriaan buat anakĀ² ini dan sewajarnya program ini diteruskan walau pun bukan di bulan puasa nanti.
alhamdulillah mcdonald’s banyak bg sumbangan . program yang harus di teruskan setiap tahun
Alhamdulillah. Bagus ada program dan aktiviti ini dari pihak McD kepada anak2 yatim secara tak langsung dapat membantu mereka yang memerlukan dan memberi mereka erti keseronokkan menjelang sambutan Hari Raya nanti. Semoga program sebegini bukan sahaja dilakukan sewaktu bulan Ramadhan tetapi boleh dilaksanakan pada bila-bila masa juga demi menjaga martabat dan kedudukan status mereka ini.
Alhamdulillah..bagus McD berkongsi rezeki..semoga anak2 yatim ni happy dapat sumbangan
Alhamdulillah.. rezeki anak-anak itu.