LZS Peruntuk Rm4.5 Juta Sumbangan Van Jenazah. Sering kali apabila berbicara tentang zakat, kita tak lepas daripada membaca yang ada salah guna serta tak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan agihan zakat. Tomahan demi tomahan di terima oleh Lembaga Zakat Selangor. Namun begitu, LZS khasnya tetap meneruskan usaha mereka untuk mengagihkan pendapatan zakat kepada orang yang memerlukan sebaiknya. Salah satunya Zakat Selangor agih pendapatan 2019 adalah melalui program pembangunan institusi agama asnaf fisabilillah.
Sumbangan van jenazah ini adalah sebahagian kecil daripada sumbangan zakat di bawah Program Pembangunan Institusi Agama
Zakat Selangor Agih Pendapatan – Serah Van Jenazah
Sebanyak RM4,495,000.00 diperuntukkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membekalkan 29 buah van jenazah kepada masjid terpilih di Selangor dalam satu majlis penyerahan kunci van yang disempurnakan oleh Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini hari ini.

Pada 7 Mei 2019 bertempat di Sungai Buloh lalu – Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga telah menyerahkan sumbangan van jenazah kepada lima buah hospital di Selangor bernilai RM928,560.00 dalam satu majlis penyerahan kunci van jenazah.
Sumbangan van jenazah ini melibatkan Hospital Sungai Buloh yang menerima dua buah van, Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Serdang dan Hospital Ampang yang masing-masing menerima sebuah van setiap hospital.

Zakat Selangor Agih Pendapatan 2019- sumbang van jenazah merupakan salah satu jenis bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah
Sumbangan van jenazah merupakan salah satu jenis bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah bertujuan membantu memudahkan pengurusan jenazah orang Islam di hospital. Pemilihan hospital yang menerima sumbangan tersebut adalah berdasarkan kepada keperluan semasa hospital berkenaan. Namun keutamaan adalah kepada hospital memiliki van jenazah uzur dan kerap menguruskan jenazah asnaf terutama mualaf.

Okay, setelah kita tahu bahawa banyak lagi sebenarnya program LZS mengagihkan zakat, diharapkan kita semua bertambah yakin dan percaya kepada institusi zakat. Dan kita sendiri yang rasa gaji kecil, masih tidak layak berzakat, adalah dinasihatkan keluarkanlah setidaknya RM8 sebulan bagi mensucikan harta dan pendapatan yang kita perolehi. Feel membayar zakat itu, kita sahaja dapat rasai nikmatnya. Lebih afdal jika kita mengeluarkannya di tempat di mana kita bekerja. Selamat menunaikan zakat.

Beli kelengkapan baru utk van jenazah uzur tu baru tahu betapa bernilainya zakat, kongsi sama guna kan faedahnya. Semoga bertambah cemerlang amalan zakat tahun ini kan umi.
Alhamdulillah moga semua yg di pilih dapat manfaatnya