• GURU MEMBINA POTENSI DAN MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI ANAK MURIDNYA
    Isu Masyarakat

    Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

    Anugerah yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya ini menerima lebih 7,500 pencalonan daripada orang ramai antara 1 hingga 31 Mac 2019. Dari jumlah pencalonan yang diterima ini, 25 orang guru telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 yang telah menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dalam mendidik pelajar-pelajar mereka. Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai berkata, pertambahan jumlah pencalonan dari 1,000 pada tahun pertama anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2017 kepada lebih 7,500 tahun ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai ramai guru luar biasa yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau ‘go the extra mile’ dan lebih ramai rakyat Malaysia kini merasakan pentingnya penghargaan kepada golongan…