Box motor jenama ni menguji kesabaran betul.
Kali pertama dulu, kejadian pada Okt 2024 tghari di Muzium PDRM. (video last). Kunci motor & kunci box tertinggal dalam box.
Masa ini, kalut nak p bank sebab nak uruskan pertukaran tandatangan Bendahari PERKEP. Ehmm, habis kedai motor di Sentul tu pusing, tak ada yang boleh bantu buka box ini. Pilihan terakhir, balik la ke rumah sejauh 45km untuk pastikan box boleh buka.
Hari ini kejadian kedua untuk sekian kalinya. Dalam duk berhati-hati tu boleh pula tersimpan gugusan kunci ini dalam handbag. Selepas penugasan somewhere dalam Bukit Aman juga, nak balik ke pejabat, rasa lega sebab kerja selesai kan… terus masukkan handbag dlm box dan lock! Tup!!
Tersedaq, adoi kunci dalam box! Maka, segala dokumen & barang-barang selamat dalam box. Adoi kali ke-2!
Kelebihannya, bila box terkunci tapi sebab keyless maka motor masih boleh bergerak. Cuma Tuan motor tak boleh la tinggal motor diserata tempat. Maka… ehm!
Keyless dan sarung kunci motor.
Ini pun ingatkan style la pakai sarung kunci kan, dikatakan kuat dan boleh menampung kekuatan. Tapi, keychain tempat letak keyless tu mudah tercabut. Nak jadokan cerita di satu kawasan parking mall, motor dah start dan terus menuju ke salah satu bank sotong di KL. Parking. Sekali nak start semula tak boleh. Tengok pada gugusan kunci, lah keyless jatuh! Kelemahannya, motor tak boleh hidup tanpa key!
Maka, call talian hayat dan pinjam motor dan pergi la ke mall tersebut. Elok je key dalam sarung merah) berada di tepi dinding. Ambil dan pergi semula ke bank sotong. Barulah dapat hidupkan motor semula.
Adeh! Susah payah bab motor ini, ginilah dia. Dalam waspada ada sahaja cubaan dan dugaan.
Semoga TIADA kejadian kali ke EMPAT! Letih nak balik ke rumah 45km pergi balik jadi 90km semata-mata kerana kisah kunci dan box!