Hi korang hari ini UN nak share tentang Kieslect Lady Calling Watch Lora. Jam yang menarik dan terdapat pelbagai fungsi yang sangat sesuai untuk kegunaan pelbagai peringkat umur. Kalau korang tengok kan, Lady Calling Watch Lora ini ada 2 tali yang korang boleh pilih nak pakai yang blink-blink atau nak pakai yang tali ‘magnetic’. Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora dihubungkan dengan aplikasi Glory Fit yang boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play. Boleh di sambungkan kepada IOS ataupun Android. Un guna di IOS – alhamdulillah berfungsi dengan baik.
Fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora
Terdapat pelbagai fungsi yang terdapat pada Kieslect Lady Calling Watch Lora. Pertamanya, paparan skinnya 3D Full View Colorful Display lebih besar dan lebih jelas. Senang nampak setiap details yang terpapar di muka jam.
Kelebihan ‘physiological cycle’ – Kieslect Lady Calling Watch Lora
Sekarang ini, gaya bukan sahaja mutu keunggulan tetapi gaya disertai dengan kelebihan yang lebih pada sesuatu jam tangan amat membantu kita. Menariknya jam ini, ada physiological cycle untuk pantau menstual dan ovulation. Bagi wanita, kita boleh pantau kitaran period normal atau tak. Manalah tahu, tetiba mengandung. Untuk yang bekerja setiap hari, aplikasi ini sangat membantu, jadi kita boleh agak bila tarikh nak period, tak adalah kena pinjam pada orang saat genting. Malah, boleh anggarkan masa period, jadi boleh prepare awal stok ‘sanitary pad’ di mana-mana yang diperlukan.
Mudah untuk pantau ‘period’ dan boleh buat perancangan aktiviti yang sesuai. Hanya dengan adanya jam ini dan kemudahan aplikasi ini, ia memberikan kesan yang baik kepada jadual kehidupan seharian.
Memantau tahap kesihatan pengguna :
Lagi yang menarik adalah, jam ini membantu sangat untuk pemakai pantau tahap oksigen mereka Spo2. Pemakai juga boleh tahu kadar denyutan jantung , pernafasan dan sebagainya.
Selesa di pakai dalam apa juga keadaan. Selesa dipakai waktu bersukan dan sebagai jam harian. Jam ini sangat selesa untuk dipakai ketika pakaian casual dan juga formal. Bagi kita yang kerap dan gemar bersukan, Kieslect Lady Calling Watch Lora dilengkapi dengan 70 mod sukan. Dengan adanya kemudahan ini, senang untuk pantau rekod kita bergerak seharian, berapa langkah, berapa lama dan berapa banyak kalori yang telah di bakar sepanjang hari. Boleh la diet dan mana tahu dengan adanya jam ini boleh disiplinkan diri untuk diet.
Koleksi selain Kieslect Lady Calling Watch Lora
Selain jam tangan Kieslect Lady Calling Watch Lora, Kieslect turut menawarkan model Kieslect Calling Watch Ks yang didatangkan dengan 100 mod sukan serta ada Ujian Tekanan serta Ujian Emosi. Manakala bagi model Kieslect Calling Watch Kr Pro pula disertakan dengan dengan 70 mod sukan.
Jawab call tanpa perlu keluarkan phone:
Perkara yang paling best dengan penggunaan Kieslect Lady Calling Watch Lora , adalah bila kita on bluetooth kita masih boleh angkat call, TANPA perlu keluarkan phone daripada beg atau poket. Paling best, ini adalah sesuatu yang sangat membantu dalam pemakai, menjaga keselamatan telefon daripada terjatuh dsbnya. Pengalaman UN , setiap hari pakai jam ini, bila UN atas motor boleh dapat notification ada panggilan masuk. Jadi mudah, senang nak tahu ada seseorang sedang call, jadi tak ada la lewat reply panggilan sesiapa. Kerja jadi mudah dan boleh terima panggilan telefon dengan mudah. Mudah apabila dalam keadaan sedang memandu pun masih boleh berbual di telefon,tangan dan mata masih boleh fokus kepada pemanduan selamat.
Dengan teknologi , Bluetooth 5.2 Connection yang membuatkan fungsi call atau connection dengan telefon jadi sangat bagus dan stabil .Malah ada fungsi pembesar suara dan mikrofon pun bagus. Jelas bila berbual di telefon. Dalam keadaan lain, jam ini sangat membantu apabila kita bekerja, tangan menaip di komputer tanpa perlu memegang telefon. Banyak perkara boleh diselesaikan hanya dengan memakai jam daripada KIESLECT. Malah, menarik juga bila pakai Kieslect Lady Calling Watch Lora, ia nampak cantik dan nampak keayuan bila dipakai dengan baju kurung.
Pelbagai display di facewatch; Kieslect Lady Calling Watch Lora (Wallpaper) :
Antara lain, display yang ada boleh bertukar macam-macam, boleh personalize ada facewatch yang comel, boleh letak gambar sendiri dan paling penting semua nampak menarik.
(Wallpaper) :
Boleh tukar ikut mood, jika terasa nak pakai yang comel, boleh pilih facewatch yang comel. Manakala, bila dalam keadaan yang serius, boleh pilih pemukaan yang elegant dan formal. Malah. untuk wallpaper ini ada pelbagai lagi pilihan menarik, untuk anak lelaki ada wallpaper football, untuk gegirl ada yang comel-comel. Jadi jam ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Harga :
Dengan harga RM299. Semua orang boleh dapatkan jam ini, comfirm sangat puas hati. Boleh dipakai dalam pelbagai keadaan dan pada bila-bila masa. Memang paling berbaloi untuk memiliki Kieslect Lady Calling Watch Lora. Ada pelbagai warna tau, ada purple, pink dan peach. UN dah ada peach, sesuai dipakai dengan pelbagai warna baju.
Untuk keterangan lebih jelas, korang boleh tonton video ini :
Jaminan selama 1 tahun:
KIESLECT juga menawarkan perlindungan jaminan gantian bagi produk KIESLECT selama setahun. Bagi sesiapa yang membeli jam tangan KIESLECT boleh tukar produk yang rosak , tetapi tidak termasuk aksesori hanya dalam tempoh setahun selepas pembelian dengan produk yang serba baharu. Tetapi apapun keadaan KIESLECT masih mempunyai hak untuk menilai dan menolak untuk membuat pengantian produk jika kerosakan disebabkan oleh manusia.
Info tentang KIESLECT
KIESLECT, jenama ini mula diperkenalkan pada tahun 2017. Kieslect telah berada di 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara. Sehingga kini jenama Kieslect telah pun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wireless) terkemuka, bagi tujuan untuk menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan pintar yang berkualiti. Jam ini didatangkan dengan reka bentuk yang elegan. Untuk makluman juga, produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.
Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna daripada pelbagai peringkat umur. Malah, dengan tawaran pelbagai fungsi membuka runga untuk KIESLECT jadi pilihan utama pengguna jam pintar. Kieslect juga sentiasa memberi keutamaan kepada kualiti produk, utiliti serta reka bentuk. Ini yang menjadikan KIESLECT mendapat pengiktirafan antarabangsa. KIESLECT telah menempah kejayaan seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.
Jadi cuba dapatkan sekarang, pastinya korang akan jatuh cinta dengan koleksi jam KIESLECT. Malah, dengan tawaran harga menarik dan design yang cantik, korang boleh jadikan ia sebagai hadiah kepada insan yang terpilih.
PROMOSI :
Kalau korang berminat boleh beli di shopee dengan diskaun seperti berikut hanya untuk belian di Shopee :
Shopee – Kieslect Malaysia Official Store
KIESLORA -RM5, untuk KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA
KIESKS – diskaun RM10.00 untuk KIESLESCT CALLING WATCH KS
*Kod in hanya boleh digunakan di Shopee sahaja dan first come first serve basis *
Lain-lain maklumat boleh didapati daripada :
Facebook: https:/www.facebook.com/Kieslect. M Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia