Faktor umum  dalam al-Quran yang mewajibkan orang kaya tentang kewajipan membayar zakat adalah sebagai bukti iman dan kepatuhan seseorang kepada agama. Oleh itu, kita ada dua zakat utama yang harus di laksanakan, antaranya adalah zakat fitrah dan pendapatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”

Zakat fitrah dan pendapatan :

“Kewajipan zakat fitrah adalah pelengkap kepada ibadah puasa Ramadan. Memberikan harta dalam bentuk zakat memerlukan kekuatan iman. Andai kata kita menjadi pemurah dan mampu memberikan lebih banyak, misalnya mengeluarkan zakat fitrah lebih daripada RM7 mengikut beras yang kita makan, itu menjadi tanda penyakit bakhil telah berjaya kita kikis. Namun sekiranya masih berkira-kira, itu bermakna kita masih dikuasai nafsu.”

Zakat fitrah :

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Waktu Membayar Zakat Fitrah

Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Zakat pendapatan:

jenis zakat fitrah dan pendapatan

Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional.


Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

CALCULATOR ZAKAT

Jom tunai zakat fitrah dan pendapatan pada awal ramadhan

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Ambillah kesempatan menunaikan zakat fitrah lebih awal. Lebih cepat kita membayar zakat, lebih mudah Lembaga Zakat Selangor menguruskan zakat untuk diberikan kepada mereka yang layak menerima. Malah, tidak salah jika kita turut menunaikan zakat harta di bulan Ramadan yang mulia ini. Pahalanya berganda, berkatnya melimpah. InsyaAllah

4 thoughts on “Zakat fitrah dan pendapatan ; ambil peluang ganda pahala”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *