Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen ‘BerbahagiaDengan Memberi’ bagi menggalakkan lebih ramai warga kerja di syarikat swasta menunaikan zakat melalui potongan gaji atau dikenali sebagai Skim Berkat.
Skim ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai orang memberi dan merasai kebahagiaan. Melalui skim dan promosi ini, pekerja swasta boleh memberi dan membayar zakat melalui potongan gaji. Bermakna, pihak syarikat hanya perlu mendaftarkan pekerja mereka di dalam sistem pembayar zakat. Lebih mudah, pihak kawan-kawan UN yang berniaga boleh hubungi terus https://www.zakatselangor.com.my
Benarkah berbahagia dengan memberi?
Jika pikiran dan perasaan sering rasa terteban dengan sesuatu, ubatnya adalah dengan memberi. Cubalah memberi sesuatu kepada orang lain. Jiwa akan terus merasa lapang dan gembira.
“Ambilah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakatitu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka keranasesungguhnya doamu dapat memberikan ketenangan bagi mereka. Dan Allah MahaMendengar lagi Maha Mengetahui..” At-Taubah : 103
Kelebihan Berzakat
1. Mensucikan harta.
Harta diibaratkan seperti air, selagi ia mengalir selagi itulah ia bersih.
Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta dari perkara-perkara yang haram dan shubhah(ragu-ragu). Jika kita tidak mengeluarkan zakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta kita.
Ini kerana, dengan harta yang perolehi inilah akan kita gunakan untuk menampung keluarga, memberi mereka makan, gunakan untuk kehidupan harian kita, sedekah pada yang memerlukan dan sebagainya. Jika harta yang kita perolehi tidak bersih, adakah apa yang kita buat akan mendapat keberkatan dari Allah.
2. Pertumbuhan ekonomi.
Dengan berzakat, secara tidak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi sejagat.Lebih banyak masjid dan pusat pengajian dapat di bangunkan.
3. Menyuburkan harta.
Ia seperti ranting pokok, bila anda cantas ranting yang lama, ia akan keluar yang baharu. Zakat juga seperti itu. Jika Allah tidak menambah harta anda, mungkin Dia menambahkan dengan cara yang lain.
Bagi anda yang suka berzakat atau bersedekah, mungkin perasan yang harta anda semakin bertambah dan hidup anda semakin bahagia,betul? Apabila kita mengeluarkan harta dengan tujuan kebaikan, Allah akan melimpahkan lagi harta lebih daripada apa yang telah dikorbankan.
4. Membersihkan jiwa.
Melalui berzakat, kita dapat membersihkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak, sombong, hasad dengki, bongkak, dansebagainya. Sifat-sifat sebegini boleh merosakkan kolam jiwa . Dengan terhapusnya sifat-sifat ini, akan melahirkan masyarakat yang lebih aman dan bahagia serta saling bekerjasama.
5. Elakkan sifat boros.
Berzakat mampu menjauhkan diri kitadari dikuasai nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas seperti sikap suka berbelanja dengan boros, menghabiskan duit untuk perkara yang tidak bermanfaat dan sebagainya. Bila kita mengeluarkan zakat, ia dapat memupuk sikap qanaah (sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya sertamenjauhkan diri dari rasa tidak puas dan perasaan kurang) dalam diri pemberi zakat.
Orang yang mempunyai sikap qanaah merasa sentiasa bersyukur dan tanamkan dalam diri mereka bahawa rezeki datangnya dari Allah.
Berbahagia Dengan Memberi – Seikhlas Dan Sejumlah Yang Wajar
Berbahagia dengan memberi sesuatu kepada orang lain. Tidak perlu menunggu kaya dan menunggu sehingga mendapat duit yang banyak. Namun, jika anda merasa dapat memberikan yang lebih besar, berikanlah sesuai dengan kemampuan anda, dan lihat hasilnya pada diri anda. Besar pengorbanan yang dilakukan akan terbalas dengan perasaan bahagia yang tidak ternilai.
Kempen Lembaga Zakat Selangor : Berbahagia Dengan Memberi
Kempen yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Disember 2018 ini, mensasarkan syarikat-syarikat swasta yang belum pernah membuat sebarang bayaran zakat melalui potongan gaji untuk kakitangannya.
Selain itu, kempen ini juga terbuka kepada syarikat yang tidak aktif dalam bayaran zakat untuk tempoh setahun dengan berpeluang menyertainya melalui pembayaran zakat dalam tempoh kempen sedang berlangsung.
Info / Maklumat :
Bagi mereka yang ingin menyertai kempen ini, hanya perlu mendaftar melalui pautan :https://www.zakatselangor.com.my/kempenberbahagiadenganmemberi/.
Syarikat yang bertuah, akan dipilih melalui e-cabutan dan akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon.
Sebarang pertanyaan berkaitan kempen boleh menghubungi Norhazirah di talian 012 629 6791 atau Hattadi talian 019 388 0573.