Bila viral kes asnaf tak cukup makan, rumah beralas tanah dan kes kes lain, kami Zakat Selangor dapat kecaman hebat. Pejabat Lembaga Zakat Selangor Makan Gaji Buta dan tidak santuni asnaf?
” Orang zakat ni makan gaji buta je ”
” Pejabat zakat memang tak reti buat kerja ”
” Zakat kami bayar tu, pejabat zakat telan ke duitnya? Kenapa tak agihkan ? ”
” Mohon pencerahan pihak zakat betul ke kau orang tak duduk goyang kaki dalam pejabat ? “
Untuk pengetahuan semua Lembaga Zakat Selangor bekerjasama dengan AJK masjid, pemimpin setempat, komuniti untuk dapatkan maklumat golongan asnaf.
Pejabat Lembaga Zakat Selangor juga ada tubuhkan Skuad Umar Abdul Aziz, dimana skuad ni KHAS untuk siasat isu isu yang kritikal.
Bila mereka dah terima maklumat dan sisasat, LZS akan kerjasama dengan masjid masjid kariah / NGO kawasan untuk menjejaki golongan asnaf ni.
Biasanya LZS akan bersama penolong amil kariah Zakat Selangor ” TURUN PADANG ” menziarahi asnaf ke rumah. Aktiviti ini adalah kerja rutin kami menyantuni asnaf.
Manfaatkan kemudahan Dan Hentikan Kecaman :
Lembaga Zakat Selangor harap kecaman dapat dihentikan. Jika kalian terjumpa golongan asnaf jangan ambil kamera dan viral hingga kami Zakat Selangor menerima kecaman teruk. Walhal telah ramai golongan yang menerima zakat daripada hasil kerja Lembaga Zakat Selangor.
Bijak Salurkan Informasi Kepada Pejabat Lembaga Zakat Selangor :
Langkah bijak yang boleh kalian ambil, salurkan maklumat asnaf tersebut pada Pejabat Lembaga Zakat Selangor atau asnaf tersebut boleh berhubung terus dengan penolong amil kariah Zakat Selangor di kariah masing masing.
Cara Mohon Zakat Daripada Pejabat Lembaga Zakat Selangor :
Lembaga Zakat Selangor mengalukan sebarang laporan atau perkara yang dalam pengetahuan netizen, tetapi bukan dalam pengetahuan mereka. Laporkan apa sahaja anda tahu tentang asnaf dan mereka yang memerlukan. Mungkin dengan bantuan kita yang tidak seberapa, asnaf terbela dan Lembaga Zakat Selangor juga mendapat lebih ‘calon’ untuk dibantu.
Ummi juga berharap pencerahan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat bagaimana cara LZS bekerja.
Kempen 8 to 8 :
Al-Baqarah:43 – Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Selain itu, bagi kita yang belum lagi berzakat, jom sertai kempen zakat ini.
Al-‘An`ām:141 – Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.
Kali ini Ummi akhiri entry kali ini dengan lembaran ayat Al-Quran yang mungkin boleh menjentik hati kita untuk lebih berani memberi.
Sebelum terlupa, semasa Ummi ke rumah terbuka Cosmoderm, kami solat Zuhur di Masjid Al Irsyad USJ 1. Kami sekeluarga juga nampak sebuah van mayat sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor. Jadi, sebagai pengajaran, elakkan kita daripada berprasangka buruk kepada orang lain.
Al-Ĥujurāt:12 – Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Wallahualam.