Syukur kita ditemukan dengan bacaan dan digerakkan hati mencari artikel sebegini. Setiap hari kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan samada nyata atau tidak nyata. Oleh itu, kita dituntut untuk melakukan solat taubat.
Sembahyang Sunat Taubat
Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:
Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa.
Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara Melaksanakan Solat Taubat
Masa Sesuai Melakukan Solat Taubat
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang. Dalam keadaan sunyi, kita lebih fokus dalam melakukan solat. Selain itu, pada waktu sepertiga malam adalah waktu yang mana diangkat doa-doa kita secara terus.
Fadhilat Taubat:
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
Penutup:
Di sebalik ujiannya, di hadirkan juga jalan untuk kita keluar dari masalah tersebut. Allah ada pelbagai cara untuk membantu menyelesaikan masalah.Jadi jangan jauh–jauh dengan Allah , sabar dan solat – AcikPenghibur.com
Akhir kata, semoga artikel tentang cara solat taubat ini dapat mendekatkan diri kita pada Allah. Sama-sama berdoa agar kita sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah. Memohon keampunan allah dengan seikhlasnya akan memberikan kita sebuah kehidupan yang tenang. InsyaAllah.
Terima kasih pada pihak JAKIM yang mengeluarkan dokumen cara solat taubat yang rasmi untuk panduan seluruh umat Islam di Malaysia.
Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini. Moga ianya dapat diamalkan bersama.