Suami Yang Sakiti Hati Isteri Akan Tersekat Pintu Rezeki

Hidup rumah tangga tidak semestinya indah setiap masa. Ini hakikat sebuah perkahwinan, cuma yang membezakan kita adalah cara untuk tangani masalah. Seperti contoh, jika hari ini kita bergaduh dengan suami, agaknya apa jadi? Mood melayang, hati sebak, tubuh jadi moody, malas nak bergerak, malas nak layan suami… betul kan?  Dan betul ke, suami yang sakiti hati isteri akan tersekat pintu rezeki?

Isteri tidak dengar cakap suami, Derhaka! Kalau suami sakiti hati isteri, bagaimana?

Ummi terbaca dalam satu artikel, bahawa suami yang sakiti hati isteri adalah antara orang yang akan ditandakan oleh malaikat sebagai orang yang derhaka kepada Allah swt. Kenapa macam tu?

Kerana isteri, rezeki suami bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriat untuk menceriakan dirimu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu wahai suami terjaga.
Kerana isteri, tenang hati kamu wahai suami.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata dan masih menerima kamu seadanya.

Janganlah sakiti hati isteri. Kecil dan biasa bagi suami, namun begitu besar bagi seorang isteri yang punya hati yang ,lembut. Sekasar mana atau independentnya seorang isteri dia masih mahu dan perlukan belaian seorang suami yang bercakap baik denganNya. Wahai suami, ketahuilah berapa hati isteri ini selembut-lembutnya. Itulah yang dikatakan doa mereka sangat mustajab untuk anak-anakmu.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri pasti balas berpuluh kali. Betulkan?  Isteri sanggup buat apa sahaja yang menggembirakan suami, kadang hanya satu dia minta, hormatilah dia sebagai isteri, bukan orang gaji, bukan pekerja dan bukan sekadar sahabat.

hati isteri

Niat untuk sama-sama mencari Syurga

Rumah tangga bahagia apabila suami dan isteri tahu tanggungjawab. Mereka  bersama dalam apa juga keadaan. Suami perlu menjadi contoh dan imam dalam keluarga. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Complicated, tapi hakikatnya, jagalah hati isteri kerana mungkin dengan doa Isteri boleh selamatkan suami dari pintu neraka atau bebanan dalam hidup.

Berkaitan :

NASIHAT Dato’ Dr Fadhilah Kamsah KEPADA PARA SUAMI…

Pahala Melayan Suami atau Voucher ?

[TUGAS SUAMI & TUGAS ISTERI]

 

Comments

  1. Sue

    Setujuuuu.. Tak de la nak minta hadiah mahal2 ke apa. Jaga hati pon dah cukup. Tapi kalau nak bagi hadiah mahal2 jugak memang tak tolak. heee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge