• KBBA9

    Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari Bawa Penulis Kenal Tentang Bunyi, Gambar & Erti Perhubungan

    ‘Masa semakin suntuk’, bukan mengomel tapi mengejar masa. Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari dah dekat. Pada masa yang sama kerja hakiki juga bertambah. Selain sambutan hari polis, Ummi padat dengan mesyuarat dan juga tanggungjawab sebagai isteri dan mak kepada putera dan puteri kesayangan. Namun, tanggungjawab yang di amanahkan tetap cuba dilaksanakan sebaiknya. Itu cerita minggu lepas. Alhamdulillah selesai dah pun. Dalam group wasap AJK Bengkel Penulisan, tugas dibahagikan. Orang kata begini, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Kejayaan bengkel ini adalah hasil kerjasama mereka yang terlibat dan mereka semua sangat membantu dan komited. Tulang belakang utama pastilah BEN ASHAARI. Tempahan Lokasi Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashari…