‘Masa semakin suntuk’, bukan mengomel tapi mengejar masa. Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari dah dekat. Pada masa yang sama kerja hakiki juga bertambah. Selain sambutan hari polis, Ummi padat dengan mesyuarat dan juga tanggungjawab sebagai isteri dan mak kepada putera dan puteri kesayangan. Namun, tanggungjawab yang di amanahkan tetap cuba dilaksanakan sebaiknya. Itu cerita minggu lepas. Alhamdulillah selesai dah pun.
Dalam group wasap AJK Bengkel Penulisan, tugas dibahagikan. Orang kata begini, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Kejayaan bengkel ini adalah hasil kerjasama mereka yang terlibat dan mereka semua sangat membantu dan komited. Tulang belakang utama pastilah BEN ASHAARI.
Tempahan Lokasi Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashari
Hanya kiriman email dan berhubung melalui wasap sahaja. Ya, peruntukkan masa yang singkat tidak menghalang Ummi untuk membantu menjadikan bengkel ini berjaya.
Sokongan daripada Ben Ashaari juga adalah penguat semangat untuk menjayakan bengkel ini.
Hari Bengkel Penulisan
Menyusup keluar dari rumah dengan perlahan sambil angkat beg dengan tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising. Walaupun membuka pintu, ianya dipastikan dalam keadaan sepi. Mujur ada Mr Suami yang membantu mengunci semula pagar. Macam lari dari rumah, walhal hanya lari daripada anak-anak kecil yang masih dibuai mimpi. Inilah cabaran seorang ibu 😆.
Selama 45 minit perjalanan ditemani Mama Kembar Tiga & Yb Shehan, kami tiba di MATIC. Lokasi pertemuan kami pagi itu. Suasana Bandaraya Kuala Lumpur sedikit menguji kami apabila jalan raya di tutup kerana ada larian. Jadi kami terpaksa berpusing melalui jalan lain sebelum sampai ke destinasi.
Sarapan Pagi Tajaan Restoran Nelayan Ampang
Perut dan berbunyi, krukk.krukkk krukk.. owhh ini minta diisi. Ikutkan jadual makan seawal jam 815pagi. Namun apakan daya, keadaan jalan menyebabkan adik caterer hilang punca, mencari jalan alternatif untuk sampai tepat ke MATIC.
Akhirnya, penantian bukan lagi seksaan. Makanan sampai dan peserta bekerjasama mengaturkan makanan. Seperti biasa, tidak dikatakan blogger jika tidak bersama kamera dan mengambil gambar.
Makanan tajaan daripada Restoran Nelayan Ampang adalah bihoon goreng serta kuih muih dan juga air teh panas. Terima kasih kepada Owner Restoran Nelayan Ampang yang sudi menaja sarapan pagi kami. Semoga tajaan tuan di berikan ganjaran besar oleh Allah swt.
Pesanan Tuan Zulkifli penulis Mata Tak Berhijab
Pesanan Tuan Zamri Mohamad, Malaysia Writers Movement
Tuan Zamri adalah guru penulisan Ummi. Kelas pertama dengan beliau adalah pada 30 September 2017. Dan Ummi juga pernah hadir coaching berkumpulan kecil dengan Tuan Zamri.
Semalam apa yang Tuan Zamri tekankan adalah FOKUS. Selain itu, dalam penulisan warnakan penceritaan dengan elemen bunyi, visual dan juga perhubungan. Gabungan semua ini akan jadikan penceritaan lebih menyentuh hati.
Kata Tuan Zami, “Warnakan cerita dengan visual. Iaitu apa yang orang boleh nampak. Tambahkan bunyi… contohnya krik krik..hahaha hahaha, kah kah kah. dan lain-lain dalam penulisan. Ianya akan lebih menarik dan membuatkan orang ingat cerita kita seperti cerita sang kancil dan buaya.”
Seronok sangat semalam bila kami bukan sahaja belajar banyak perkara baru. Tetapi bengkel penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari ini memberi ruang untuk kami lebih faham tentang keperluan ilmu dan menulis pada masa akan datang.
Tajaan Makanan Tengah Hari Oleh Cafe Cerita Kambing
Selesai sessi soal jawab,apa lagi masing-masing mengambil peluang beramah mesra bersama coach penulisan dan pastinya merakamkan moment terindah Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari.
Perut pun dah berdengkur…kruhh kruh kruhh. Apabila melihat jam ditangan, dah pun jam 115petang. Apa lagi, makanan tengah hari iaitu Nasi Kambing daripada Cafe Cerita Kambing kami jamah. Sedap dan sos hidangan sangat membuatkan kami semua jatuh hati. Kenyang perut, suka hati. Perjalanan balik pun dengan hati gembira. Terima kasih Cafe Cerita Kambing di atas tajaan nasi yang sangat sedap.
Alhamdulillah dalam gelak ketawa dan pedih mata fokus belajar akhirnya kami dapat balik dengan kegembiraan. Ilmu yang dicurahkan sedaya upaya dihadam untuk kebaikkan penulisan dan penyampaian.
Gallery Bengkel
Terima kasih kepada semua penaja dan peserta.
Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan bengkel pada kali ini. Jumpa lagi pada masa akan datang.
menarik program ni, terasa rugi plak xjoin. huhu
Banyak ilmu dapat, best sangat!
Seronok!! Terbaik uminani.