keluarga umminani

Sejarah pergi bersalin naik motorsikal. Realiti tau. Sebab masa nak bersalin kali ini, diberikan tarikh. Yer la, ini kali ke 3 operation. Tanggal 16.3.2018, tarikh keramat selepas seminggu sebelumnya dah pergi untuk bersalin. Tetapi atas sebab teknikal di labor room, kena balik rumah. Kelakar kan??

Tangan dipimpin untuk meraikan adik.

Sehari awal, 15 Mac 2018 seperti biasa di hantar oleh suami ke Hospital Bersalin, HKL. Selepas itu, semua urusan sendirian dengan nurse. Steady kan? Yer la, lepas kita dah warded tak ada keperluan mendesak untuk suami atau mak mertua ke mak ke siapa-siapalah nak kena tunggu. Kesian juga depa, hospital bukan satu tempat yang selesa.

Tanggal 16 Mac 2018

Masuk jam 1tengahari, nurse dah suruh prepare untuk masuk ke dewan bedah. Tapi masa ini berada di ward kelas 3. Fuh… kau boleh rasa panas berpeluh tu tahap 4. Lencun! Takpa, semua tu dunia dan sekejap jer.

Tadi lencun kan? Ha.. selepas ditolak masuk ke dewan bedah, kena tunggu juga di zone menunggu. Masa ini sejuk gila, ha tadi berpeluh gila, kali ini menggigil. Berdebar tau bila dalam dewan ini. Dup dap dup dap…. ! Masa nak masuk bilik bedah, suami ada tunggu di luar.

Satu jam setengah di dewan bedah!

ila sampai masanya, Ummi ditolak masuk ke dewan bedah. Bilik yang sangat selesa dan sejuk. Ramai dalam dewan bedah tu. Seingat Ummi, Dr Ada dua orang iaitu doktor bius dan doktor sakit puan. Sejam setengah bertarung, akhirnya nurse bawa seorang bayi kecil ke sisi. Seorang bayi lelaki. Syukur, lelaki atau wanita semuanya rezeki Allah swt.

Dua tahun ; Muhammaad Zakkir

La ni dah 2 tahun. Cakap pandai,main pandai… melawan kakak pun pandai. Apapun Ummi doakakn adik sihàt dan menjadi anak soleh.Amin Ummi, abah, along, angah dan kakak hadiahkan adik Kucing besar sebagai ingatan dan kesukaan kami meraikan kedatangan adik ke dunia.

Happy birthday Adik.

2 thoughts on “KUCING BESAR HADIAH BIRTHDAY ADIK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *