Assalamualaikum, tadi petang kami ke KipMall Kota Warisan sebabnya disini sahaja ada tempat untuk tukar bateri Jam G-shock. Serius, merata tempat mencari tak ada servis tukar bateri. Disini juga yang mudah!
Melangkah masuk, ternampak Constant Farmasi di KIPMALL. Mereka ada buat soft launcing dan event adalah pada hari ini dan esok (1 April 2018).
Pemeriksaan Percuma Kulit Kepala
Apa lagi.., dah memang pengguna HIMALAYA, jadi alang-alang ada pemeriksaan kulit kepala dengan kulit, kami terus buat.
Pernah gatal kepala tak ? Ummi dengan suami ada 2 isu bab rambut dan kulit kepala, satu kelemumur satu isu rambut gugur. Kalau sikat tu, mesti segumpal dekat sikat. Suami taklah, tapi dia ada masalah kelemumur.
Tapi, selepas beberapa bulan cuba shampoo daripada @himalayamalaysia , nampak perubahan. Nak tahu, ada “anak” rambut baru tau. Seronok.. maknanya tak perlulah nak risau rambut berkurang dan rosiko berkepala botak 🙊. Korang cubalah. kalau nak buat pemeriksaan datang ke #Kipmallkotawarisan . Disini boleh buat pemeriksaan rambut dan juga kelembapan kulit.
Nampak ada rambut baru tumbuh di kepala suami. Berkesan juga Himalaya Shampoo, kalau tak buat pemeriksaan mesti cakap tak berkesan🤭. Nampak sendiri, puas hati.
Protein rambut oleh Himalaya
Ini lagi satu. Protein rambut oleh Himalaya. Kalau kita ada masalah rambut gugur, caranya mudah sangat..lepas mandi, lap rambut dan aply pada rambut. Sapu perlahan-lahan dengan kasih sayang. Protein ini macam penghalang daripada rambut kering lah. Jadi masalah rambut bercabang dan kering kontang boleh di atasi. Cuba, cuba.! tengok tu depa ni excited sangat!
Pemeriksaan kelembapan kulit
Ummi buat pemeriksaan kelembapan kulit. Bacaan pertama Ummi, 59%, selepas sapu pelembab jadi 62.9% , banyak beza. Ini memang dah pakai beberapa bekas besar, dan puas hati sangat sebab kesan parut akibat salah kosmetik dulu dah surut. YAKIN dah nak bergambar. Tak nampak sangat dah hitam bawah mata.🙊.
Esok ada lagi..pakat pergi beramai-ramai tau. ada SALES 20% untuk produk.
Korang kalau pergi ke KIPMALL, cari CONSTANT PHARMACY okay!
Aduiii korang kalau bawa anak macamnilah.gayanya😝, mak nak shopping depa pun kalut. Nak shopping produk @himalayamalaysia mai la ke sini.
Ehmmm.. kalah Ummi depa nih! Orang nak membeli depa pun sibuk! grrrrr!
Tau memang minat minum Klorofil tu. Kot yer pun jangan la Spam gambar Ummi🧕. Depa pula sibuk nak posing, sapa ambil gambar depa tak tau.. anak owh anak!
Niat terpesong, bahaya bila masuk ke Kipmall dan singgah pulak di Constants Farmasi ini. Mesti tidak keluar dengan tangan kosong. Hahaha terbeli juga lah beberapa barangan HIMALAYA. Okay jangan lupa jadi member Constant Farmasi tau, FREE registration.
Bestnya, banyak produk Himalaya dijual. Kena terjah ni sebab dah tersuka dengan produk Himalaya ni.