open hose ben ashaari 2019
KBBA9

Open House Ben Ashaari ; syurga kanak-kanak

Salam bahagia semua sahabat UN yang sentiasa bersama UN. Salam hormat dan juga masih selamat hari raya kepada semua pembaca blog UN yang sentiasa follow UN. Mungkin ada yang membaca blog UN tanpa diketahui, thanks sebab membaca. Hari ini penat masih berbisa, tapi kegembiraan juga masih melekat dijiwa. Seronok pegi rumah terbuka , Open house Ben Ashaari dan juga seronok menganjurkan rumah terbuka dengan menu Bihun Sup Utara resepi mak UN.

Melawat ayahanda DSP Roslan IGP

Throwback hari Jumaat malama, kami sekeluarga p rumah ayahanda bekas pesara polis, DSP Roslan IGP di Ampang. Lepas solat maghrib terus kami shoot p sana. Ya, jalan kurang jem, kira-kira 45 minit perjalanan dari Semenyih kami sampai la ke Ampang. Seronok bukan main anak-anak UN nak jumpa Tok Lan. Yer la, Tok Lan memang suka melayan, depa sukalah. Sedap sangat mee goreng kicap udang yang Mama , wife tok lan masakkan. Cuma sebab dah kenyang, tak dapat nak telan banyak. Hehehe

Lepas sembang-sembang seketika, kami gerak balik. Tapikan, tu yang segan p rumah ayahanda ni. Nak gerak balik tu, macam-macam diberikan, tak cukup duit raya, Kami dibekalkan pula dengan serunding ayam, lepas tu kuih raya pula. Adoi macam-macam la Tok Lan bekalkan.

Hari Sabtu lalu, UN pagi tu kemas rumah. Tayar Myvi lama yang kononnya untuk buat deco, tak terdeco selama hampir setahun lebih. Jadi, daripada menyebabkan mata terus sakit memandang, dan nampak serabut, apa lagi terus Un angkat dan kemaskan ruang porch rumah. lega yang amat, termasuklah dengan almari kasut tinggalan tuan rumah sejak 2013 dahulu. So, sekarang rumah dah ada ruang sikit, buang benda tak guna, bukan apa nak elakkan horder! Hahaha

Kenduri YDH Tuan Saini Bongek awal

Ingat mengemas ini sikit je, tapi rupanya tengok jam alamak dah 11pagi. Mana sempat nak p kenduri YDH Tuan Saini Bongek awal. So, cepat-cepat siapkan kerja terus mandikan budak-budak. Ummi biasalah jadi orang terakhir yang bersiap. Budak-budak dah excited nak beraya. Ehm.. nak jadi cerita, kami keluar rumah tepat 1250 tengahari. Ini video mind setting sebelum kami bergerak meluncur ke tempat kenduri dan rumah terbuka.

Kami settle isi minyak kat Shell dan terus p kenduri. Sampai jam 1330hrs. Bila pergi kenduri, masalah betul bilamana ada motor ice cream. Sampai kat dewan Veilarris ni nampak saka motor ni. Adoii stress mak!

Pujuk-pujuk sat, masih nak ice cream, so belikan jugalah sorang satu. Ehm, boleh tak kalau kenduri jangan bagi saka ice cream tunggu depan pintu? Hahaha memeningkan kepala mak pak oiii.

Tak lama lepas tu, kami pun teruskan destinasi kami ke Open house rumah Ben Ashaari. 35 minit perjalanan dari Dewan Veilaris ke Sepang. So, mujuq semua behave, drive alone still okay. Sebabnya suami tak ikut, dia penyambut tetamu kenduri rumah bos dia. Kami jelah yang pergi.

Open house Ben Ashaari, fuh heaven!

Sampai je rumah Ben Ashaari, fuh heaven wehh. Anak-anak melangkah masuk dah dihidangkan dengan bay blade. Lepas tu, makan rasanya pakat jamah satu sudu je, lain tu depa hadap mainan. 2 kotak Ben Ashaari kendurikan. Mana tak meriah. Rumah bersepah dah tak boleh control. Hahahah mujuq la lepas tu mak-mak dan anak-anak yang besaq tolong kutip. Klau tak, takkan nak tinggalkan rumah orang bersepah gitu kan. Beginilah suasana beraya – Open house rumah Ben Ashaari.

Ehm.. sampaikan masa ajak balik, masing-masing jadi moody tak mau balik oii.. Seronok yang amat nak beraya rumah Ben Ashaari. Macam mini reunion bagi KBBA9 dah. Yang dok gelak tu, Ben Ashaari tak sanggup nak panggil nama sendiri kat Ben Zakkir. Hahaha junior Ben is in the making. 

Cer teka apa jadi dalam kereta? Ehm, tak sampai ke Jalan Bangi Lama, 2 orang dah lentok, Angah dengan Adik. Ingatkan sekejap, rupanya Angah dengan Kakak, lentok sampai pagi. Si Ben Zakkir bangun sekejap 930malam.

Hahaahah sakan beraya sampai lena tak sedaq diri. So, settle cerita raya kami Sabtu 15/6/2019 hari ke 11 Syawal. Nanti UN update open house yang tak dijangka pada Ahad 16/6/2019. 🙂 Thanks baca catatan memori UN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *