Syukur Alhamdulillah , hari ini selesai sessi photoshoot raya KBBA9 tahun 2017. KBBA9 ini adalah Kelab Blogger Ben Ashaari yang di mulai sejak 2009. Kami adakan photoshoot di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia . Seawal jam 7pagi kami geng KBBA9 dah tiba di lokasi. Serius teruja!

Yang mana satu Ben Ashaari? Ala tak payah nak kenalkan, bukan asing lagi di mana-mana media. Ben Ashaari tu yang berbaju oren. Nak kenal rapat – Terjah blog Aben. Seronok yang amat, bukan sekadar nak photoshoot raya, tapi merapatkan silaturrahim sesama kami. Serius, kami ada yang tak pernah jumpa tapi macam adik beradik. Jumpa baru sekali , tapi mesranya bagaikan bertahun lamanya.   Encik Amin Jamri dari K.Rogers Butter Cookies Distributor – Center sponsor biskut untuk kami beraya hari ini.. Eh awalnya, bukan beraya tapi nak ceritanya K. Rogers Butter Cookies ini sangat sesuai untuk di hidangkan semasa hari raya nanti. Serius uols takkan menyesal. Harga berpatutan dan yang penting rasa tu sedap. Jimat masa ooo nak bua cookies.
Ini wanita blogger KBBA9 yang terlibat dengan photoshoot Raya KBBA9 tahun ini. Ramaikan? Memang ramai, secara tak langsung inilah family kami di serata negeri. Pergi  mana-mana pun tak sunyi sebab setiap negeri ada jer adik beradik Blogger. Ini kehebatan KBBA9 – Kelab Blogger Ben Ashaari. hehehe ada yang nak join ? Pm BEN ASHAARI ye.. serius semua orang ada peluang nak join KBBA9.
Ini sahabat Ummi, Yanie Yusuf seorang wanita hebat. Bekerja dan juga berniaga. Mula-mula kenal memang tak mesra, sekali bila kami semua dah rapat, serius manis orangnya dan baik budi. Best sangat kawan dengan Yanie. Heeheh kononnya berposing gaya Datin gitu
photoshoot raya

Persahabatan tidak mengira siapa , pangkar dan darjat. Abang Ben Ashaari biasanya akan kerap tekankan bab kesetiaan dan kejujuran dalam bersahabat. Serius , sebab tu kami bukan sekadar suka-suka tapi ukhwah kami berpanjangan sehingga pasangan kami dan juga anak-anak. Ini yang buatkan Kelab Blogger Kbba9 utuh . Lagi teringat akan pesan Ben,  “Nak dapatkan sesuatu kena usaha, kena konsisten. Selepas tu, bersedia untuk dapatkan hasilnya… “. Semoga seua geng KBBA9 terus cemerlang. Bye.

16 thoughts on “Sessi Photoshoot Raya 2017 KBBA9 Meriah”
  1. Setiap kali ada program dengan KBBA9 mmg havoc dan seronok kan…memang tak rugi join..tq Nani, sudi jadi snap pic kitorg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *