Pos laju owh pos laju.. Dah 2 hari p sana sini. Pos laju Semenyih juga Bukit Dukung. awatlah service kat pos laju super duper lembab.
Kaunter 3 , yang operasi dalam 1 atau 2. Adakah kekangan pekerja. Haishh, kalau pergi ke pos besar memang cepat. Lagi satu ada kaunter khas untuk pos laju dan juga pos barang.
Lagi satu hal yang buat nak marah, kalau nak beli sampul. 1 jer sampul nak beli, beratur sejam. Adeh.
Kenapa lah tak dahulukan kepada yang nak buat urusan tak sampai 2 minit ini? Pos laju dah make profit kot. Service punya lambat. Kalau rak ada cukup pekerja, rasanya boleh ambil lebih ramai staff.
Sejam lepak kat pos laju, dapat tengok rai lagi pak cik-pak cik bayar bil guna khidmat pejabat pos. Boleh jer ambil staff kot.
Bukan nak komplen, tapi rasa tak effective tu sangat membuatkan jiwa nak meracau. Hahaha sejam nak tunggu, semata-mata urusan 1 minit tak sampai. Haish!
Cadangan:
Pos sdn bhd atau pos laju buka kaunter asing untuk pengeposan barang. Masa rakyat boleh dijimatkan. Makin ramai orang suka, makin banyak pejabat pos boleh buat profit dengan perkhidmatan yang disediakan. Kan mudah!
Semoga pos laju ada cara nak baiki perkhidmatan.
Cadangan yang bagus..
Harap Kakitangan Pos Malaysia baca entri ini
tertakluk kepada cawangan tertentu, selalunya IQ nampak akan ada kaunter khas untuk pengeposan barang. mungkin cawangan yang dimaksudkan perlu ditambah baikkan. =)