KBBA9

Bengkel Fotofon KBBA9 2018, kerjasama SONY, MATIC dan COSMODERM

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Huhuuu, nak tahu lepas kami semua hadir bengkel FOTOFON KBBA9 2018 di MATIC Sabtu lalu, terus rasa terkial-kial nak shoot gambar. Jika sebelum tu,  klik-klik siap! La ni , ada sahaja angel tak kena. Tak ikut rules! Aduh!

 

Sebelum masuk kelas kami semua semangat. Teruja tu nampak pada senyuman masing-masing. Mana tidaknya kami bakal belajar dengan En Rahman seorang ambassador SONY.  Beliau ada pengalaman selama 12 tahun dalam bidang fotografi.

Ambassasor Sony Malaysia/Asia di Bengkel Fotofon KBBA9 2018

En Rahman seorang jurugambar profesional yang mana beliau adalah ambassador SONY.  Beliau ada pengalaman selama 12 tahun dalam bidang fotografi. Semua teknik yang diajarkan kepada kami sangat awesome!

Asas Untuk Mengambil Gambar

Shutter speed menentukkan kecekapan atau kecepatan lense menutup lubang. Eh, rasa susah nak explain la macam ini. Makin cepat , semakin akan memberikan effect kepada gambar. Cubalah main-main snap. Nanti pasti akan dapat nampak perbezaan pada gambar. Bengkel Fotofon KBBA9 2018, baru tahu teknik semua ini.

Ini adalah asas yang perlu ada pada seorang photograher. Kena tahu bukaan lubang lense “aperture”. Kiranya jumlah bukaan lubang menentukan kualiti cahaya yang masuk dan akan memberikan kesan pada gambar. Sungguh in wajib kena belajar.

Sebelum ambil gambar apa yang wajib ketahui?

  • Light
  • Frame
  • Rule of third
  • Foreground
  • Reflection
  • Perspective line Bab framing ini kena berlatih banyak lagi. Sebelum Bengkel Fotofon KBBA9 masukkan gambar dalam keadaan sesuka hati sahaja. Terus betul. Nak gambar lawa kena banyak berkorban, dan nak kena tahu apa yang kita ingin fokus. Kalau tahu apa benda nak fokus sure dalam gambar tu tak bersepah dengan pelbagai elemen. Kena bijak juga supaya orang yang tengok gambar yang kita snap rasa tenang jiwa raga. Hah!Gituuuu!
    Ha, ini kalau tengok pakar ambil gambar guna teknik ini memang lawa. Cuma diri sendiri nak ambil tu rasa kurnag yakin lagi. Sebab kena ada alat juga nak jadikan gambar tu ada reflection. Contohnya cermin dan air. Kena berlatih juga ini pun. Okay, masuk bab line ini memang kelakar. Balik sahaja daripada bengkel kalau boleh semua gambar yang nak snap akan dipastikan ada line! Hahahah paling mudah atas jalan raya, tapi tak tau fokus apa benda. Hampeh! Dan hari kedua lepas bengkel cuba lagi, kali ini bijak sikit daripada hari pertama. Nak tahu, usha-suah la instagram.

Motion tidak kurang penting. Cuma sebelum ni kalau snap gambar macam ni mesti fikir yang gambar tu tak jadi. Hish salah! Sebenarnya ia memberikan effect objek tu dalam pergerakkan. Barulah nampak real. Adus! Rasa menyesal banyak gambar yang ada motion di delete!

Camera atau henset?

Dua-dua bagus. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Cuma kena bijak guna manual. Nak gambar lawa , SONY henset la yang paling awesome. Doakan tahun 2018 Ummi dapat Sony sebiji. Dapat free lagi suka, tapi siapalah yang nak bagikan. Ehm, tunggu dividen ASB la.. gitu! Simpan dulu baru guna, ingat tu!

Okaylah next entry Ummi update lagi tentang sponsor yang telah banyak berjasa kepada kami semua pada Sabtu lalu.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *