2017 Bakal berakhir, dan 2018 akan menjelma. Bagaimana dengan pencapaian kita sepanjang tahun 2017? Mencapai target atau ada yang tidak tercapai? Board dreams yang telah dicipta pada awal tahun mencapai sasaran?

Kali ini entry bukan nak cerita kejayaan diri atau keluarga. Tetapi lebih kepada sebuah kelab yang telah dikutuk! Yes, kelab ini awalnya tiada nama. Malah ramai yang lebih kritik daripada menyokong. Namun bagi saya bukan isu, selagi kita tahu tujuan dan niat sebenar kenapa diwujudkan kelab yang di gembar gemburkan ini.

KBBA9 di FIM ASIA Supermotor

2017 KBBA9 menjadi Kelab Blogger pilihan untuk bekerjasama dengan Firm Asia Supermotor 2017. Tahun ini KBBA9 terus menyokong event yang diadakan. Semoga event seperti ini akan dapat menggalakkan anak muda berlumba di track yang sebenar, bukan lagi berlumpa di jalanan.

PhotoShoot KBBA9 2017

Tahun ini KBBA9 telah dijemput untuk mengadakan photoshoot di Muzium UPM. Disini suasana amat menggamit memori seakan kita kembali ke kampung halaman. Makanan tengahari pula dihidangkan dalam pinggan lama yang sangat cantik dan dekorasi yang unik.

Hari Keluarga di Cherating Beach Resort

Selepas mengadakan hari keluarga di De Rhu Beach Resort , KBBA9 juga dipelawa untuk mengadakan Hari Keluarga di Cherating Beach Resort. Yang menariknya kali ini, program bukan sahaja di resort. Malah kami dibawa menyusuri Sg Cherating, makan keropok leko serta ditaja untuk aktiviti sukaneka. Sangat meriah dan ianya juga sangat memberikan impak besar kepada Cherating Beach Resort Kuantan. Terima kasih kepada pengurusan Cherating Beach Resort yang telah menaja percutian kami juga.

Bangi Wonderland Waterpark

Alhamdulillah 2017, KBBA9 masih menjadi kelab Blogger yang bekerjasama dengan Bangi Wonderland bagi mempromosikan lagi waterpark ini. Tahun ini banyak kemudahan yang telah disediakan dan ianya lebih baik daripada dahulu. Tahap keselamatan pengunjung lebih diutamakan. Kami doakan Bangi Wonderland akan bertambah maju pada tahun akan datang.

Halal-Hab JAKIM

Tahun ini KBBA9 juga telah melebarkan sayap dimana kami juga bekerjasama dengan Halal Hab JAKIM untuk menyebarkan lebih maklumat kepada masyarakat berkaitan hal halal makanan terutamanya. Dan yang menarik, ukhwah disini juga mendatangkan manfaat bukan sahaja bagi kami, malah kepada semua pembaca blog. Terima kasih Halal Hab JAKIM yang mempercayai KBBA9.

Kerjasama Bersama Tentera Laut

KBBA9 juga mendapat pengiktirafan sebagai sebuah media yang boleh diperayai apabila ada wakil yang dijemput bagi menyambut hari media bersama NAVY tahun 2017. Bukan muah sebuah kelab blogger yang mempunyai pelbagai latar belakang boleh bekerjasama dengan sebuah agensi ketenteraan. Tahniah KBBA9.

Kerjasama Dengan Lembaga Zakat Selangor

KBBA9 sentiasa berharap agar blogging bukan semata-mata untuk dapat nama atau suka-suka. Bairlah ada yang disampaikan memberikan manfaat kepada ramai orang. Jadi disamping kami ber blog, kami juga menyampaikan dakwah melaluipenulisan dan media sosial.

Manfaat kepada anak-anak :

Ya, tidak dinafikan yang berblogging adalah mak atau ayah. Namun, rezeki ini kadang pergi kepada keluarga. Cuba perhatikan daripada atas tadi, semua manfaat dapat semula kepada keluarga. Bermakna Ben Ashaari tak makan sorang. Ini cara beliau untuk menyumbang kepada masyarakat. Kecam? Ehm, biasa tapi apabila tahu tujuan dan niat kerana Allah swt, pasti banyak lagi yang Allah swt akan lorongkan. Rezeki ini ada pelbagai!

Kasut sekolah untuk anak.
Terlibat dengan program bekal nutrisi oleh Dugro Dumex
Bekalan baju sekolah kepada keluarga yang mempunyai tanggungan ramai. Syukur

Tahniah kepada founder KBBA9. Terima kasih juga daripada kami kerana tidak pernah mengasingkan antara satu sama lain. KBBA9 seakan keluarga besar yang mana setiap ahli saling bantu membantu. Kena marah kena tegur itu lumrah dalam sebuah keluarga demi untuk menjaga ahli yang lain. Tahun 2018, semoga KBBA9 atau lebih dikenali sebagai KELAB BLOGGER BEN ASHAARI akan terus maju dan menyumbang kepada masyarakat  (terms and conditions). Tahniah!

 

 

26 thoughts on “Pencapaian Kelab Blogger Ben Ashaari 2017”
  1. Alhamdulillah … satu pencapaian hebat kerana founder dan ahli2 KBBA9 sentiasa bersatu hati dan saling menjaga hubungan sesama di samping kerjasama berkumpulan.. Moga KBBA9 akan terus maju dan berjaya di masa2 akan datang. InsyaAllah..

  2. Tahniah KBBA9.. tahniah juga kepada puan Umminani di atas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sepanjang 2017 bersama kelab ini..

  3. Tahniah dan syabas untuk team Kbba9 di atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai. Semoga di Tahun 2018 akan memberikan lebih banyak pencapaian yang memberangsangkan dan semoga terus maju dan lebih dikenali bukan sahaja di dalam negara malahan di peringkat antarabangsa.

  4. Alhamdulillah..bangga jadi sebahagian dari famili kbba9. Semoga kita semua terus berjaya dan semakin erat hubungan sesama kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *