• Saya Ada Cerita

    Kesibukkan kita api yang membakar jiwa anak!

    Assalamualaikum jumpa lagi kita pada hari ini . Syukur. Saya nak kongsikan betapa ketika saya sibuk, saya serahkan tugas didik anak kepada bibik.Yang akhirnya memberikan kesan yang negatif! Tahun 2013 ketika itu saya masih bekerja. Saya merasakan macam cabaran apabila anak semakin bertambah. Ketika itu juga usia saya baru 27 tahun. Saya mula merancang untuk menggunakan perkhidmatan pembantu rumah. Alhamdulillah suami setuju dengan cadangan saya. Maka, apabila ada sahabat mula mencadangkan agen saya rasa yakin dengan kehadiran pembantu dari Indonesia ini. Seminggu sebelum kelahiran anak kedua, pembantu rumah dari Indonesia pun datang. Rezeki kami dapat pembantu rumah yang sangat baik…