Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Kesibukkan kita api yang membakar jiwa anak!

Posted on 12/20/201712/20/2017 by umminani

Assalamualaikum jumpa lagi kita pada hari ini . Syukur. Saya nak kongsikan betapa ketika saya sibuk, saya serahkan tugas didik anak kepada bibik.Yang akhirnya memberikan kesan yang negatif!

Tahun 2013 ketika itu saya masih bekerja. Saya merasakan macam cabaran apabila anak semakin bertambah. Ketika itu juga usia saya baru 27 tahun. Saya mula merancang untuk menggunakan perkhidmatan pembantu rumah.

Alhamdulillah suami setuju dengan cadangan saya. Maka, apabila ada sahabat mula mencadangkan agen saya rasa yakin dengan kehadiran pembantu dari Indonesia ini. Seminggu sebelum kelahiran anak kedua, pembantu rumah dari Indonesia pun datang.

Rezeki kami dapat pembantu rumah yang sangat baik dan jujur. Selama itu jugalah banyak urusan rumah tangga saya serahkan kepada pembantu rumah. Ya, saya sibuk ketika itu dan tahun yang sama saya bercuti tanpa gaji untuk belajar dalam pengurusan perniagaan.

Kami seisi keluarga amat menyayangi pembantu rumah kami. Kemana sahaja pergi saya akan pastikan bibik akan dibawa dan tidak merasa kesunyian. Waima apabila tiba hari raya, kami turut membelikan pembantu rumah pakaian baru. Begitulah kehidupan saya dan keluarga selama tiga tahun berturutdari tahun 2013 sehingga 2015.

Setiap tahun, saya akan benarkan pembantu rumah balik ke Indonesia bagi bercuti bersama keluarga. Saya berharap agar pembantu rumah saya akan lebih bersemangat apabila muncul tahun baru. Namun, kesenangan keluarga kami bersama pembantu rumah ini tidak lama. Tahun ke tiga, saya dan anak-anak menghantar “bibik” kelapangan terbang. Bibik ingin pulang bercuti.

Bibik bercuti

Sebulan bibik bercuti dan hari yang dinanti bakal tiba. Nombor telefon pembantu rumah tidak dapat dihubungi. Berkali-kali cubaan dibuat. Terdetik di hati dan bersuara kepada anak-anak saya, “Bibik sudah tidak mahu kembali agaknya”.

Hari yang dinantikan tiba jua. Tiada panggilan telefon dan tiada juga khabar daripada facebook oleh anakanda bibik. Maka, ketahuilah kami bahawa pembantu rumah yang kami sayangi tidak lagi akan kembali kepada kami.

Gusar dan gelisah adalah emosi saya ketika itu. Itulah kesilapan saya kerana meletakkan pembantu rumah dalam urusan keluarga. Saya begitu yakin yang pembantu rumah menjaga anak-anak ketika itu.

Gusar kerana bibik tiada

Pada mulanya agak susah untuk terima hakikat pembantu rumah tidak ada. Malah dalam menghadapi cabaran untuk membesarkan anak-anak sebagai seorang wanita bekerja saya mulai merasa tertekan. Rupanya aturan Allah swt itu terbaik. Pembantu rumah tidak datang semula ke sini adalah satu nikmat.

Menyedari akan hal itu, kami sedar bahawa anak-anak kini berada dalam pandangan saya dan suami. Makan minum waima cuci pakaian dan kebersihan diri anak-anak saya dan suami yang uruskan. Prinsip saya dan suami, walau sesusah mana sekalipun, ibu bukanlah tempat kita perlu tuju untuk meminta bantuan.

Mak kita bukan bibik kita

Ibu kita atau ibu mertua bukanlah pembantu rumah yang layak untuk mengambil tempat pembantu rumah terdahulu. Susah payah saya dan suami, mestilah diharungi dengan hanya bantuan daripada Allah swt. Ya, buat apa perlu takut, setiap perjalanan hidup kita Allah swt ada. Dia sebenar-benar yang memberi pertolongan kepada hambanya.

Jika saya bandingkan dahulu, semuanya di serahkan kepada pembantu rumah. Kesilapan saya kerana yakin, “Bibik ada, buat apa perlu bersusah payah!”

Kesannya sehingga ke hari ini apabila anak-anak membesar dengan pembantu rumah mereka amat manja dan semua urusan perlu dituruti. Inilah kesan yang terjadi keatas anak kedua saya, Angah.

Akibat sibuk, saya bakar jiwa anak!

Kesibukkan saya mengejar dunia ketika itu adalah api yang membakar jiwa dan sikap anak-anak.  Mungkin antara sebabnya adalah kerana pembantu rumah saya terlalu memanjakan Angah. Kedua, Angah terlalu bergantung harap pada orang lain dan bersikap “bossy”. Tanpa pernah disuruh melakukan kerja, waima mengangkat barang dan memasukkan baju ke dalam mesin basuh.

Setelah sedar akan kesilapan saya, saya terus berdoa supaya Angah berubah sikap menjadi lebih baik. Doa ibu sangat  mustajab , saya yakin doa saya Allah swt akan tunaikan . Malah diusia kecil ketika itu, anak kedua saya baru mencecah tiga tahun. Masih belum terlambat untuk saya dan suami mengubah sikap dia.

Bukanlah sesuatu yang mudah tapi saya  yakin boleh untuk mendidik anak-anak seramai empat orang yang kecil. Setelah pembantu rumah tersebut tidak lagi kembali sehingga ke hari ini kami tidak lagi berhajat untuk mendapatkan bantuan pembantu rumah. Cukup sekdar anak-anak berada di rumah pengasuh sepanjang hari dan waktu malam saya dan suami akan mendidik mereka selayaknya sebagai ibu dan ayah.

Tips tanpa bibik

Antara tips yang kami lakukan adalah dengan membuat persediaan minda walaupun anak-anak masih kecil. Pertama setiap malam mereka akan diprogramkan dengan perkara yang mesti dilakukan keesokkan harinya.

Kedua, untuk terapkan nilai kasih sayang pada anak-anak  sangat mudah iaitu dengan sentuhan dan rasa cinta. Saya juga tidak mengongkong anak-anak daripada melakukan sesuatu yang baru bagi mereka. Contohnya, Maisarah setahun ingin memangku adiknya saya memberi izin tetapi dengan pemantauan.

Selain itu saya sentiasa peluk mereka dan bisikkan rasa sayang saya dihati mereka dan didalam doa kita sebagai ibu bapa supaya anak-anak membesar dengan iman dan taqwa. Kami masih kekal bersama tanpa ibu yang jadi “bibik” di rumah mahupun pembantu rumah dari Indonesia.

Rahmat tanpa bibik

Syukur pembantu rumah bercuti selamanya dari kami adalah satu rahmat yang amat besar. Syukur setelah ketiadaan pembantu rumah, anak-anak semakin rajin berdikari dalam melakukan kerja rumah dan mereka sendiri belajar untuk bekerjasama dalam setiap perkara. Benarlah , Allah swt lebih mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk. Sebaik-baik kita merancang, sebenarnya Allah swt akan mengaturkan sesuatu yang mungkin buruk pada pandangan kita tetapi baik disisi Allah swt.

Semoga saya dan saudara memegang kata-kata ini:

Anak adalah tanggungjawb kita. Bukanlah tugas pembantu rumah untuk mendidik anak-anak kita. Selain itu, susah dan payah membesarkan keluarga dan hal rumah tangga elakkan daripada menjadikan ibu ayah sebagai orang suruhan kita. Mereka berhak untuk menikmati umur mereka, menikmati kebebasan masa untuk belajar tentang akhirat dan bersosial dikalangan rakan seusia mereka. Jangankan kerana kita mereka merana, sedih dan meratapi nasib diusia senja.

Ibu ayah bukan pembantu rumah kita. Bebaskan mereka selagi upaya. Pembantu rumah bukanlah orang bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak kerana kita pemegang amanah besar iaitu tugas mendidik anak menjadi ahli syurga dan pemimpin yang berkualiti untuk agama, masyarakat dan keluarga.

8 thoughts on “Kesibukkan kita api yang membakar jiwa anak!”

  1. ina says:
    12/20/2017 at 8:56 am

    mudah mudahan.. kita semua tak macam ni.. thanks kata kata semangat UN

    Reply
  2. dyamohamad says:
    12/20/2017 at 9:19 am

    Hmm.bila baca entri kak UN,terus rasa takut if kita abaikan anak

    Reply
  3. yanieyusuf says:
    12/20/2017 at 1:17 pm

    Rindu kat diorang tau.. semoga menjadi anak yang beriman dan berbakti pada ibubapa..aamin

    Reply
  4. Fatin Shahrizam says:
    12/20/2017 at 1:41 pm

    Walaupun belum rasa lagi, harap dapat didik anak sendiri satu hari nanti. Nampak besar cabaran tuu

    Reply
    1. umminani says:
      12/21/2017 at 10:06 am

      Akak doakaan semoga kita semua ada peluang menjaga amanah allah swt

      Reply
  5. yanamib says:
    12/20/2017 at 3:57 pm

    semoga kita dapat jadi ibu bapa terbaik buat anak² dan harap anak² akan faham usaha kita untuk besarkan mereka…:)

    Reply
  6. ema says:
    12/20/2017 at 4:58 pm

    semoga anak-anak kita diberkati oleh Allah swt.

    Reply
  7. sueizza says:
    12/20/2017 at 11:04 pm

    setuju sangat mak ayah bukan pembantu rumah ,jalani dan uruskan hidup sendiri tanpa susahkan mereka ,sue pun berpegang prinsip ni…tq ummi perkongsian menarik.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

UMMINANI

INSTAGRAM

ummi_nani

SELAMAT HARI GURU #selamathariguru2022 #SelamatHa SELAMAT HARI GURU

#selamathariguru2022 #SelamatHariGuru #kbba9 #raudhahislamicschool
SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjur SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjuran Flyhigh Training Centre . Seronok anak² dpt jumpa Cikgu Bob secara live. 

Tak habis² Along cerita best ya belajar bersemuka dengan Cikgu Bob. Terima kasih cikgu sebab  share tips & ilmu yang bermanfaat.

#bengkelpkskukkm #MRSM #sekolahberasrama 
#flyhighteducationcentre
#anakanakumminani #kbba9
DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networki DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networking dengan sahabat yang luar drp lingkungan sekolah. 

Belajar hari ini pun, ada saingannya. Nak ke MRSM , nak ikut jejak Umi? Nanti Umi pikirkan, yang mana sesuai. Tetapi untuk masa sekarang, grab sahaja ilmu dan peluang yang ada. 

Kita hanya usaha, tetapi Allah yang menentukan.
Load More... Follow on Instagram

BLOG KAWAN MAYA

  • Rutin harian Nabi Muhammad SAW
    Published on 2022-05-16 By cikguzim
  • Sedap tak menu di Richiamo Caffee Cafe ..
    Published on 2022-05-16 By Ana Jingga
  • Selamat Hari Guru 2022
    Published on 2022-05-16 By Azhafizah MN
  • Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan dapatkan tawaran menarik serta diskaun.
    Published on 2022-05-14 By Sue Izza
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Recent Comments

  • Nina Mirza on Permohonan ke MRSM 2023
  • Darcy James on Beli emas online di Kedai Emas Hajjah Halijah ; Halijah Jewels
  • azni on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Nina Mirza on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Syasya on Crystal Skin by Rish Beauty – kulit sihat dan cantik
  • anne on Sambung belajar untuk penjawat awam, berapa kos perlu?
  • Zura on Freezer bertingkat Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD ; beli masa PKP

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Mingguan Wanita Disember 2020

Sambungan – Singapura

Mingguan Wanita OKT 2016

Harian Metro 4 Ogos 2019

team tarik tali ipd kajang

Harian Metro 11 Mac 2018


pemantauan udara pdrm

TUMIT TINGGI – RTM TV 1

https://youtu.be/ZQxjM9u91lc

NONA TV3

https://youtu.be/uX_GaKd3G-g

Jemputan ke TV Al Hijrah

https://www.youtube.com/watch?v=qx8TFD-bWSo

MHI – MC0 2020

https://youtu.be/2jP1sn9rMGc
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Carian

Arkib

© 2022 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme