Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Tadika mahal atau murah yang mana pilihan ibu ayah?

Posted on 12/21/201712/21/2017 by umminani

Saudara, kita ini bila telah menjadi ibu pastinya kita cuba lakukan yang terbaik. Tambahan pula bila anak yang pertama. Anak pertama menjadi bahan percubaan dan dialah juga yang menebas lorong untuk adik-adiknya.

Anak yang pertama apabila sudah tiba masanya untuk mula belajar  adalah satu cabaran bagi serang ibu. Saya juga mengalami situasi ini ketika tahun 2014. Ketika itu anak pertama berusia 4 tahun. Zaman berubah tidak lagi seperti kita dahulu yang menunggu usia 6 tahun baru bermula alam persekolahan. Sekarang, siapa yang boleh menguasai ilmu dengan cepat maka dia akan berada di hadapan.

Anak yang sulung dipercayai akan berjaya dalam pelajaran apabila ibu bapa tahu hala tuju anak-anak mereka. Anak yng pertama akan menjadi icon kejayaan kepada adik beradik yang berada di bawah. Oleh itu, pemilihan sekolah dan juga landasan serta tapak permulaan untuk belajar amatlah penting.

Tadika Swasta kena bijak pilih!

Saudara pembaca setujukah anda jika saya katakan yang kehidupan anak-anak kita hari ini kebanyakkannya disajikan dengan pelbagai modul pendidikan awal sekolah. Ada pelbagai syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan pendidikan awal. Saya juga tidak terkecuali memilih perkhidmatan yang ditawarkan yang mencecah belanja tiga ke empat ratus ringgit sebulan.

Situasi yang kami alami  juga sama. Saya memilih sekolah pendidikan awal untuk anak pertama yang yurannya agak mahal. Namun begitu, konsep yang diajarkn tidak memenuhi fokus dan kehendak saya sebagai ibu. 8 bulan saya hantar dan mengambil anak di sekolah, tetapi bagi saya anak tidak menguasai apa yang saya inginkan.

“Along, cuba sebutkan perkataan ini (sambil menunjukkan flash card).”

Sedihnya 8 bulan bersekolah 2 suku kata anak masih tidak dapat membaca walaupun dua suku kata. Terdetik dihati,

“Ini tidak boleh diteruskan, anak pasti akan ketinggalan jika anak masih kekal di sekolah yang sama.”

Keputusan Segera!

Esoknya, anak tidak lagi dihantar ke sekolah berkenaan. Proses mencari guru peribadi bermula, dan akhirnya  rezeki anak untuk mendapat pendidikan awal di kelas malam. Agak jauh daripada rumah, namun jarak bukanlah penghalang. Perjalanan dari Semenyih ke Sg Long makan masa selama hampir 30 minit.

Begitulah yang saya dan suami alami. Balik sahaja dari pejabat terus bersiap untuk mengambil anak dan hantar ke kelas malam. Penat masih belum reda, disambung pula dengan tugasan sedia menanti. Tangisan kepenatan dan air mata tidak dapat dibendung lagi. Teringat saat ini bagaimana penat lelah ayah membesar dan memberikan saya pendidikan. Pernah dalam kereta ketika menunggu anak habis belajar, menitis air mata rindu kepada ayah. Besarnya pengorbanan mak ayah kan!

2 Bulan, akhirnya berjaya!

Seterusnya, apabila fokus dan niat kita jelas segalanya pasti dipermudahkan. Dalam tempoh tidak sampai 2 bulan anakanda saya telah berjaya menguasai baca dua suku kata. Syukur tidak terhingga apabila mendapat maklumbalas yang baik daripada cikgu yang mengajar. Kiranya Along hanya belajar membaca dalam tempoh singkat menggunakan kaedah bacalah anakku.

Along berjaya habiskan syilibus pada usia 5 tahun.  Kenapa perlu membaca awal? Ini adalah salah satu kebolehan untuk anak menduduki peperiksaan kelayakkan bagi kemasukkan darjah satu di sekolah integrasi. Bermakna anak mesti lulus ujian kelayakkan, nak lulus kenalah membaca!

Bermula daripada itu, kini angah juga turut belajar di kelas malam. Cuma bezanya Angah nak sangat belajar di tadika. Jadi tahun depan dia pergi juga tadika untuk memenuhi masa dan belajar pelajaran yang tidak ada di kelas malam. Kakak pun akan turut serta tahun depan di kelas malam. Jadi, kita sebagai parents kena bijak memilih bukan sekadar memilih sekolah kerana prestasi yang digembar gemburkan serta terpedaya dengan iklan papan tanda di lebuhraya.

Selamat memilih tadika dan juga alam persekolahan yang terbaik untuk anakanda kita. Selamat memilih dan membuat keputusan yang tepat. InsyaAllah jumpa nanti di entry akan datang.

6 thoughts on “Tadika mahal atau murah yang mana pilihan ibu ayah?”

  1. ina says:
    12/21/2017 at 8:44 am

    betul tu UN.. indah khabar dari rupa kebanyakan tadika.. sangat kecewa.. Moga anak anak menjadi insan cemerlang dunia akhirat

    Reply
  2. athirahassin@trex says:
    12/21/2017 at 9:12 am

    berdebar pula baca post ni sbb anak sy next year 4thn dan dh dftar tadika.. mahal mmg mahal tp kami doa dia boleh belajar dekat sana.. mula nya xnk expect pape tp lps baca ni mcm seriau juga.. kena pantau la kan… huhuh

    so along tu mmg pegi kelas mlm je la lps stop tadika tu? smpi umur brapa?

    Reply
    1. umminani says:
      12/21/2017 at 10:08 am

      Tirah, Along tak pergi tadika. Terus masuk ke darjah 1. Cuma malam intensif kelas dengan Ummi dan abah. Kelas malam along pergi dari usia 4 tahun hinggan 6 tahun , sehingga habis buku advance read easy.

      Reply
  3. Huda says:
    12/21/2017 at 10:22 am

    Baru tahu ada kelas malam untuk kanak-kanak belajar membaca. Tadika mahal bukan jaminan anak kita boleh belajar kan? Anak akak huda masuk tuisyen membaca sebelum masuk tahun 1 tahun depan

    Reply
  4. azni says:
    12/21/2017 at 4:31 pm

    mmg ada dengar tak semestinya tadika mahal budak2 dapat menjamin budak2 tu dapat membaca. heheheh iman tadika MIMOS jer. bayar rm150.00 shj..

    alhamdulillah cepat juga dia membaca. tapi masa umor 4 tahun tadika dia konsep bermain jer..sekadar kenal ABC.. 5 tahun baru cikgu2 pulun pastikan dia boleh baca buku bahasa malaysia, 6 tahun English.

    Reply
  5. NORIZA ABDUL RAHMAN says:
    12/21/2017 at 6:43 pm

    Saya dulu pun memang tekankan anak supaya pandai membaca dan mengira. Bukannya nak paksa anak, tapi lebih kepada biralah dia mengenal huruf dan nombor untuk kesenangan masa depan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Batu Karang dalam pundi kencing
  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • MAK ABAH DAN ADIK-ADIK DATANG RUMAH
    Published on 2023-11-29 By norhidana
  • Kucing Suka Bertandang Ke Rumah
    Published on 2023-11-29 By Suria Amanda
  • WW: Print Cafe 24Hours, PKNU, Busan
    Published on 2023-11-29 By Sunah Sakura
  • Siaran Langsung Central Coast Mariners vs Terengganu Live Streaming AFC 2023
    Published on 2023-11-29 By Azhafizah MN
  • November 28, 2023
    Published on 2023-11-28 By uncle gedek
  • Nukilan Seorang Suri Rumah
    Published on 2023-11-28 By dorsett pink
  • Tempat menarik di Terengganu - Muzium Negeri Terengganu & Masjid Kristal
    Published on 2023-11-28 By Ana Jingga
  • 5 Fungsi Warna Pada Buah Dan Sayur
    Published on 2023-11-28 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Pameran Succulent Pada 1-3 Disember di Ipoh Parade
    Published on 2023-11-27 By Marina Bashah
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - breakfast di LIENIEY NASI KERABU TUMIS then ke BAAZAR TOK GURU
    Published on 2023-11-27 By Azian Elias
  • Barakallah Fii Umrik Along
    Published on 2023-11-27 By Mrs. A
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme