Kasut sekolah Pallas pilihan Ummi untuk anak-anak

Assalamualaikum, apa khabar semua. Pejam celik-pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Setahun sudah anak sekolah darjah satu. Tahun depan bakal menjelma, ibu-bu seperti Ummi mesti dah mula berkira untik menyediakan kepelruan sekolah tahun depan kan? Nak tahu, Ummi bersyukur sepanjang tahun 2017 ini, Along hanya dibekalkan sepasang kasut sekolah Pallas. Ummi fikirkan bila rosak boleh la beli lagi sepasang dalam pertengahan tahun. Namun begitu, sangkaan Ummi meleset sama sekali. Nak tahu kenapa?

Sekarang ini sudah masuk bulan Disember, sepanjang itu juga Ummi tidak perlu belikan Along kasut yang baru. Ingatkan kasut yang dah lama dipakai akan hancur dan rosak. Sangkaan Ummi meleset sama sekali. Ibu-ibu nak tahu, Ummi beli kasut sekolah jenama Pallas  bagi tahun 2017. Memang puas hati sangat. Tengoklah sendiri setahun pakai , masih dalam keadaan elok.

Kegunaan Pelbagai Kasut Sekolah Pallas.

Meloncat, digunakan untuk bermain badminton, malah digunakan juga untuk aktiviti sukan sekolah. Memang banyak kegunaan kasut sekolah Pallas. Ummi rasa puas hati bila banyak kali guna tapi kira lasak sangat. Bayangkan setahu guna masih elok dan dalam keadaan baik.

Cuma tengoklah bila dah masuk bulan 12 ini ada sikit koyak di depan. Itu biasalah bagi Ummi, sebab dah masuk bulan terakhir kira berbaloi la menggunakan dan memilih kasut sekolah Pallas ini untuk anak-anak.

Pilihan kasut sekolah Pallas kami

Kasut sekolah ini banyak pilihan. Cuma yang jadi favourite Ummi adalah yang ini , kasut sekolah Pallas code  pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0181-307-0181 dan code pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0185-307-0185

Ada dua pilihan kasut kesukaan kami, iaitu seperti dibawah.

https://www.pallas.com.my/school-shoes/pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0181-307-0181

https://www.pallas.com.my/school-shoes/pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0185-307-0185

Beli kasut sekolah Online:

Ibu, biasanya shooping kasut sekolah dekat butik atau online? Ummi kali ini buat pilihan untuk order online sahaja tau. Mudah jer, pergi ke website https://www.pallas.com.my/school-shoes , lepas tu pilih school shoes. Lepas itu ada boleh tengok macam-macam pilihan kasut sekolah ada. Tapi Ummi cadangkan ibu boleh pilih kasut code yang Ummi cadangkan kat atas. Okay mari Ummi nak ceritakan satu persatu kenapa dua-dua code yang Ummi cadangkan ini sangat selesa untuk anak-anak dan sesuai untuk kegunaan sekolah.

Ini ciri-ciri kasut sekolah Pallas pilihan kami ,  code :

School Shoes Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0185

Keistimewaan :

  • Menggunakan pelekat
  • Reka bentuk yang menggunakan PVC di permukaan kasut
  • Tersangat ringan dengan kelebihan “X-light”
  • Ada pelapik didalam yang menyokong tapak kaki

Ummi dah gunakan tahun lepas, puas hati dan Along pun selesa. Lagipun kalau ibu nak tahu, kasut ini sepanjang tahun 2017 Along gunakan dengan sangat lasak. Mana tidak, setiap hari Along pakai ke sekolah dan ada masa tu kalau waktu hujan kasut ini jugalah yang digunakan untuk sukan. Hari sukan sekolah takperlu lagi beli kasut lain, gunakan apa yang ada.

Kedua : School Shoes Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181

Keistimewaan

  • Menggunakan pelekat
  • Rekaan dengan pengaliran udara yang baik
  • Sangat ringan

Bagi Ummi yang ini special. Kasut sekolah Pallas yang code 205-0181 ini sangat ringan. Jadi sesuai untuk anak-anak mnggunakannya bukan sahaja waktu sekolah pagi atau sekolah petang tapi sesuai juga untuk aktiviti sukan.

Kotor dan kena hujan pun masih elok. Yang best lagi kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181 ini mudah kering. Kadang balik sekolah kena hujan lebat, esoknya masih boleh pakai kasut yang sama. Jatuh  cinta sungguh Ummi dengan kasut sekolah ini. Tak perlu pun nak keringkan bawah peti ais macam zaman kita sekolah dulu. Lawak mengenangkan zaman Ummi dulu, kasut lambat kering, peti ais lah tempat nak keringkan kasut. Bertuah anak-anak sekarang.

Keistimewaan lain adalah kasut ini ada penyaluran udara yang sangat baik. Jadi, kaki anak-anak akan lebih selesa untuk jangka masa persekolahan yang panjang. Bayangkan seharian berkasut, dari seawal jam 6.30 pagi sehingga 4.30 petang, jadi kasut ini boleh memberikan keselesaan yang berpanjangan. Malah Ummi yakin dengan penyaluran udara yag baik dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. Bagus betul inovasi dan rekaan kasut sekolah ini.

 

 

Ibu, boleh bayangkan betapa selesanya anak-anak ketika menyarungkan kasut ini kan. Memang Ummi pun dapat feel yang selesa sangat. Tambahan lagi tengok anak-anak pakai bila bersukan, memang rasa seronok sangat. Lagi satu cuba ibu-ibu tengok tapak kasut sekolah Pallas ini, rekaan dia sangat kemas. Boleh mencengkam dan bila dipakai ketika disekolah memang tidak licin. Hati kita ni sebagai mak-mak pun tidaklah risau, yer la kita dah berikan anak-anak kasut yang terbaik , hilang kerisauan anak terjatuh dan sebagainya.

Kasut Sekolah , Kasut Serbaguna :

Ummi kalau boleh kasut boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Untung sebab sekolah anak-anak Ummi pakai kasut warna hitam, jadi nampak elegant bila dipakai juga untuk keluar jalan-jalan. Huuhuu, jimatlah mak! Yang penting anak-anak selesa dan mudah untuk menguruskan kasut ini.

Okaylah , Ummi dah kongsikan kasut sekolah pilihan Ummi untuk anak-anak. Kalau ibu-ibu nak cuba atau buat tinjauan boleh klik website Pallas . Memang mudah dan pasti juga teruja. Ummi yakin dan percaya ibu juga akan rasa selesa dan senang untuk buat belian online kasut sekolah Pallas. Cuma sediakan tali tape untuk ukuran kaki anak.

Saiz kasut yang dipilih akan betul dan tepat jika ukuran yang kita gunakan betul. Beli jer onlien , jimat kos lain..heheh kos apa? Mestilah kos keluar shopping. Sekali keluar kos makanan lagi, kos minum lagi dan kos permainan lagi..setuju? Ehm, okaylah jom sama-sama kita buat persediaan awal anak ke sekolah tahun depan.Selamat membeli belah ya. Bye

Website : https://www.pallas.com.my/school-shoes

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge