Langit tidak sentiasa cerah. Begitulah juga dengan saya. Ketika habis sahaja pengajian di kolej atau dikenali dengan nama MRSM kami semua berpisah. Cuti sekolah bermula dan masing-masing akan balik ke tempat asal sementara menunggu panggilan universiti bagi melanjutkan pelajaran seterusnya.

Tiada Tawaran Ke Matrikulasi

Saat ini saya rasa sangat “down”. Rakan-rakan yang sebaya dan seperjuangan saya telah ditawarkan pengajian ke peringkat tinggi. Ada yang mendapat tawaran ke Matrikulasi dan ada juga yang mendapat tawaran ke Universiti. Sedih apabila mengenangkan nasib saya. Keputusan peperiksaan tidaklah terlalu cemerlang tapi saya yakin saya sepatutnya ada tempat di universiti.

Namun, rezeki saya tertulis yang saya bakal ke Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau) dalam bidang perakaunan. Saya redha dengan ketentuan tersebut, ya bukan rezeki saya di matrikulasi. Mungkin kerana saya salah mengisi boring. Tetapi kini saya tahu, sebenarnya rezeki itu Allah sedang aturkan yang terbaik.

Pengajian peringkat diploma juga masih memerlukan usha yang gigih. Semangat ketika itu sangat tinggi, hinggakan semester pertama saya mendapat anugerah dekan. 3.5 mungkin biasa bagi pelajar lain, namun bagi saya tidak mudah melakukannya.

Join Kelab dan Kokurikulum!

Semester demi semester saya lalui di UiTM Arau. Sikap dan personaliti saya tidak dapat saya ubah. Saya sangat berminat dengan kepimpinan. Sehinggalah saya dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kolej Kediaman Beringin.

Semakin bertambah semester, saya semakin sibuk apabila terlibat pula dengan “Orientation Comitee” untuk membantu pengurusan Hal Ehwal Pelajar menyambut dan menguruskan pelajar baru yang masuk setiap semester ke UiTM Arau bagi Minggu Mesra Pelajar.

Gagal!

Saudara pembaca, agaknya saya boleh ikuti kelas pengajian saya dengan baik atau tidak?  Ya, saya masih dilandasan yang betul. Walaupun sibuk dengan aktiviti luar dan aktiviti kebajikan saya suka. Semester demi semester, saya tidak lagi mendapat anugerah dekan. Saya tidak merasa sedih kerana bukan itu ukuran kejayaan. Tetapi, apabila semester ke lima seingat saya, saya gagal dalam satu kertas peperiksaan. Iaitu, kertas Taxation!

Berdebar untuk memberitahu mak dan ayah! Saya takut dipersalahkan. Saya menjadi kemurungan, ada juga pensyarah yang bising dengan saya. Saya tidak mengalah, semester ke enam, saya ambil lagi sekali peperiksaan tersebut. Saya mengulanginya untuk kali kedua.

Gagal Kali Ke-Dua!

Tetapi saya menerima berita yang tidak menggembirakan. Saya gagal lagi sekali. Akibat satu mata pelajaran gred saya jatuh. Saya tidak lagi mencapai 3.00 pointer. Kecewa ketika itu saya dapat rasakan.

Universiti amat mengharap pelajar mereka dapat tamat pengajian sebaiknya. Saya masih ada peluang untuk mencuba. Jika kali ke-tiga saya gagal, bermakna diploma idaman saya hanya bakal menjadi kenangan. Sia-sia sahaja usaha selama 2 tahun kebelakangan ini.

Atas dorongan mak dan ayah, saya bukan orang yang boleh menerima kegagalan. Saya akan berusaha sehingga saya kecapi apa yang saya usahakan. Berkat usaha dan doa mak dan ayah, saya akhirnya kecapi juga kejayaa apabila akhirnya kertas Taxation itu saya dapat “B+”.

Dibuang Universiti

Saudara tahu, jika saya gagal kali ketiga, bermakna peluang saya untuk dibuang universiti amat tinggi. Ketika itu, saya telah berada di semester keenam, bermakna disemester akhir. Alhamdulillah, cuti semester yang terakhir ini ada kelas “short course” dan saya berpeluang untuk berada disini dan belajar. Syukur akhirnya setelah 3 bulan saya fokus kepada pelajaran tersebut saya dapat juga menamatkan pengajian saya disini.

Fokus!

Suadara pembaca, cuba perhatikan apakah yang cuba saya sampaikan diatas. Pertama, tanpa fokus dan tujuan yang jelas kita masih boleh melakukan sesuatu. Namun , hasilnya tidaklah sebaik jika dibandingkan dengan meletakkan fokus kepada sesuatu kerja seara 100%.

Kedua, apabila melakukan sesuatu perkara, kita masih boleh membuat perkara lain. Tetapi mestilah berpegang kepada prinsip, waktu main kita main bersungguh-sungguh, waktu makan kita nikmati makanan tersebut dengan bersungguh juga. Bermakna, apa juga kita lakukan mestilah fokus dan bersungguh-sungguh. Tiada perkara yang kita boleh capai dan laksanakan dengan melakukannya secara sambil lewa.

Ketiga, apabila kita berada dalam situasi tekanan, sebenarnya akan mendorong kita lebih efisyen dan melakukan sesuatu dengan lebih baik.

Permata terhasil daripada tekanan yang kuat

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat semua, apabila kita gagal sebenarnya adalah peluang untuk kita melakukan dengan lebih baik. Apa yang mendorong kejayaan kita adalah berani bangun semula selepas jatuh.

Orang yang hebat adalah orang yang sentiasa mendorong diri untuk bangun semula, itulah kejayaan yang sebenar. Gagal bukan penghalang, tetapi kegagalan adalah cabaran untuk kejayaan. Jadi, jom kita bangun semula jika pernah gagal. Jumpa lagi di lain entry ya.

2 thoughts on “Gagal? Bangun semula selagi ada nyawa!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *