persiapan kembali ke sekolah 2025Persiapan kembali ke sekolah.

Alhamdulillah, cuti sekolah akan berakhir. Maka, ini adalah har untuk melakukan persiapan bagi kembali ke sekolah. Untuk baju sekolah dah beli pun di Pusat Pakaian Hari-Hari hari tu. Senang pergi satu kedai sahaja semua selesai. Buku sekolah pun dah beli di koperasi sekolah. Tapi untuk tahun ini sekadar beli yang mana nak guna sahaja. Kalau cikgu nak guna dan suruh beli, kami akan beli buku-buku PBD nanti.

Jahit Lencana Sekolah:

This image has an empty alt attribute; its file name is PERSIAPAN-SEKOLAH-750x1000.jpg

Hari in cuti Thaipusam , 11/2025. Jadi di kesempatan yang ada boleh la jahit lencana di baju sekolah. Anak-anak request supaya tidak jahit lencana pada baju sekolah mereka, sebab nanti akan pakai vest. Tapi memandangkan ada je lencana, jahit je la. Rasa semangat sikit nak ke sekolah.

Untuk mesin jahit di rumah ini UN pakai mesin jahit jenis brothers. Ini link Mesin Jahit Brothers 1450nt kalau nak tengok-tengok. Rasanya dah masuk 3 tahun beli mesin jahit ini. Berbaloi sebab mudah jaga dan boleh digunakan untuk jahit seluar koyak, even baju kurung pun boleh untuk seorang new bie dalam bidang jahitan.

Persiapan Asrama :

Selain persiapan baju sekolah dan lain-lain kelengkapan sekolah, yuran makan asrama dan lain-lain yuran juga perlu diambil perhatian. Jadi ini sekadar perkongsian harga yuran makan di asrama SMKA di Kedah. Bila perhatikan yuran makan untuk 5 kali makan sehari, betapa murahnya yuran. Jadi Ummi nasihat kat anak-anak belajar la serajinnya, peluang ini bukan semua orang dapat. Tambahan jika nak hidup di luar, belanja sekolah agi mahal dari harga ini. Harga peluang yang ada dan tugas seorang pelajar adalah belajar ilmu dan belajar bersosial. Itu sahaja, sebagai mak, Ummi hanya doakan kejayaan anak. Yang usaha adalah diri sendiri.

Untuk anak-anak di luar sana, jika masih mencari peluang nak belajar kat mana , nak tinggal di asrama atau di rumah, Ummi personally nasihat, duduklah asrama. Di asrama belajar jiwa jadi kuat, belajar menghadapi pelbagai jenis manusia dari pelbagai pelusuk negeri. Jadi dari awal dah ada pendedahan tentang hidup kat dunia luar yang sebenar. Tiada yang mudah, tapi hati kena kuat.

Semoga sessi buka sekolah tahun ini adalah lembaran baru untuk anak-anak. Yang kebelakang tahun 2024, akan usaha lebih lagi pada tahun 2025. Usaha tidak akan mengkhianati hasil. Selamat maju jaya semua anak-anak yang akan kembali ke sekolah pada 16 Feb 2025 (Kedah) dan 17 Feb 2025 bagi negeri Selangor dan sebagainya. Selamat maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *