Sessi persekolahan 2024 bakal berakhir. Pejam celik setahun berlalu. 2024 pula adalah tahun pertama anak-anak di sekolah baru. Semangat mereka membara! Syabas juga kepada anak-anak Ummi sebab dapat menyesuaikan diri di sekolah baru sepanjang 2024 dan berjaya bersaing dengan pelajar sedia ada. 2024 akan meninggalkan seribu satu kenangan. Kini kita semua telah berada di tahun 2025 dan bakal berjuang bersama-sama untuk mendapatkan kejayaan dan keredhaan Allah swt. Bagi meneruskan perjuangan di sekolah dan mengekalkan semangat anak-anak, Ummi telah buat persiapan awal untuk mereka. Jadi kalini ini Ummi ingin ajak semua pembaca blog Ummi , jom buat persiapan hadapi sesi persekolahan tahun 2025 di Pusat Pakaian Hari-Hari.

Setiap perancangan kewangan perlu dipersiapkan awal, supaya keadaan ekonomi kita masih dalam keadaan baik kerana tahun 2025 kita bakal meraikan hari raya aidilfitri tidak jauh jarak masa dengan sessi pembukaan sekolah yang baru. Maka, untuk mengelakkan kesesakan membeli belah dan mengambil kesempatan sempena ada promoosi Kembali Ke Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, jom buat persiapan awal. Memandangkan bulan Februari dan Mac nati Ummi pun sibuk dengan tugas luar dan sebagainya, elok sangat untuk bawa anak-anak buat persiapan awal. Kami hanya memilih untuk membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari di Semenyih sahaja. Menariknya, jika sebut tentang Pusat Pakaian Hari-Hari, ianya ada di merata tempat dan dekat dengan penempatan kita semua. Semua kelengkapan sekolah ada disini. Mudah dan menjimatkan masa untuk sesiapa sahaja mendapatkan barangan keperluan.

Hanya di Pusat Pakaian Hari-Hari selesai semua persiapan kelengkapan sekolah

Kenapa beli di Hari-Hari? Disini memang tempat pilihan kami sejak dahulu lagi. Bukan sahaja menjadi pilihan ketika sessi pembukaan sekolah tetapi pilihan keluarga ketika menjelang hari raya juga. Pusat Pakaian Hari-Hari boleh dikatakan one stop centre untuk apa sahaja keperluan harian. Lagi pula, Ummi suka membeli disini kerana barangan yang akan digunakan boleh dikatakan semua ada. Malah, barang disusun rapi dan kemas. Mudah untuk kita sebagai pelanggan untuk mencari. Kadang-kala tu, ada barang yang tidak disenaraikan pun untuk dibeli, tetapi apabila nampak di rak terus boleh ambil. Ianya mudah dan sangat membantu ibu bapa untuk memastikan semua keperluan sekolah di dapatkan di sini tanpa perlu bergerak ke banyak lokasi untuk melengkapkan keperluan sekolah. Pusat Pakaian Hari-Hari sekarang dah ada lebih 110 outlet tersedia di seluruh Malaysia, pilih je mana-mana lokasi pilihan. Jika tidak pasti dimana lokasi terdekat dengan anda, boleh cek outlet terdekat dengan anda di setiap negeri di laman sesawang berikut :  www.hari.com.my/locator

Baju Sekolah Agama

Menariknya, disini bukan sahaja keperluan sekolah harian sahaja. Pusat pakaian ini juga ada menjual tudung dan baju kemeja pengawas. Malah ada juga  pakaian untuk sekolah agama dijual disini. Jadi memang membantu ibu ayah yang ingin cepat untuk memastikan setiap keperluan sekolah disediakan.  Baju Melayu untuk sekolah KAFA pun ada dijual. Sampin juga ada dijual disini. Ada juga disediakan songkok untuk ibu ayah belikan kepada anak-anak yang pakai ke sekolah agama.

Baju Sekolah Kebangsaan

Bagi ibu ayah yang mencari kemeja T dan baju kurung sekolah, disini juga  ada  kemeja T dan baju kurung sekolah jenis cotton dan kain licin. Tahun bru mestilah anak-anak perlukan barang baru jika ada keperluan lain seperti botol air, kotak pensil dan alat tulis dan rosak. Untuk ibu ayah yang mungkin belum pernah membeli belah disini, untuk pengetahuan kalian, kualiti baju sekolah disini setanding dengan jemana lain yang ditawarkan di kedai lain.

Memori Indah Buat Anak-anak

Untuk lebih menarik dan rasa tarikan kesekolah, bawa anak-anak dan biarkan mereka memilih dan mencuba! Pasti jadi kenangan yang tidak dapat mereka lupakan!

 Staff Membantu dan Mesra Pelanggan

Untuk mereka yang belum pernah membeli belah disini atau memang pernah ke mana-mana Pusat Pakaian Hari-Hari, anda pasti teruja kalau masuk kesini. Staff di mana-mana rangkaian Pusat Pakaian hari-Hari semuanya bagus dan well training. Mereka akan membantu kita sehingga apa sahaja yang kita berkehendakkan dicapai. Oleh itu, sebagai pelanggan kita pasti teruja dan selesa untuk membeli berangan sekolah disini. Jika bawa anak ramai sekali pun, insyaAllah semua anak-anak akan di layan dengan baik. Jadi tiada masalah untuk berada di kedai ini dalam suatu tempoh yang lama. Jadi belilah apapun keperluan sehingga puas hati. 

Tips Untuk Ibu Ayah

Untuk ibu ayah yang merancang untuk mendapatkan keperluan barangan sekolah , ini ada beberapa tips;

Rencanakan dengan Lebih Awal: Mulailah membeli keperluan sekolah sejak bulan sebelum sesi persekolahan dimulai. Ini akan membantu menghindari kekurangan stok dan mengurangkan tekanan ibu ayah.

Gunakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP): Kerajaan Malaysia akan memberikan bantuan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar pada awal tahun 2025.  Maka, bebelanja secara berhemah untuk memastikan anak-anak lebih semangat belajar dengan adanya barangan keperluan harian sekolah yang lengkap.

Cari Promosi dan Diskaun: Pilih Pusat Pakaian Hari-Hari, semua ada disini. Ada alat tulis,barangan keperluan sekolah dan pakaian seragam.

Beli belah secara online!

Ini paling mudah, cepat dan paling menjimatkan masa. Tetapi bagi Ummi kurang la semangat untuk kembali ke sekolah. Untuk mereka di luar sana yang ingin mencari keperluan sekolah secara atas talian boleh layari, kedai online Pusat Pakaiaan Hari-Hari di Shopee dan Lazada.

Selamat membeli belah, selamat bercuti dan kembali ke sekolah untuk sessi baru 2025. Pusat Pakaian Hari-Hari sedia menanti kehadiran anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *