Ujian PeKAT ASP ke DSP 2025Ujian PeKAT ASP ke DSP 2025

Alhamdullillah selesai hari ini Ujian PeKAT bagi kenaikkan pangkat ASP ke DSP. Ujian berlangsung selama sejam dan kami semua telah pun di berikan list nama dan diaturkan ikut susunan.

Pengalaman Ujian PeKAT ASP ke DSP 2025

Pengalaman sendiri, pada hari ini Sabtu 18/1/2025, kami semua menduduki ujian PeKAT ini di Makmal IT 4, PULAPOL KL. 8.30 – 9.30 pagi. Walau pun sejam berdebar juga lah. Untuk ujian kali ini, bagi kami yang Siri 2/2025 sesi 1 untuk 18/1/2025 ini ada sedikit cabaran iaitu selepas 10 minit ujian di mulakan, line internet sangkut. Line sangkut dalam 5 minit dan selepas itu refresh semula.

Selepas refresh, sistem mulakan semula pada nombor soalan yang terhenti tadi. Masa tu UN di no 36 Bahagian A. Amat menakutkan bila ada pegawai lelaki depan kami dah 57 soalan daripada 70 soalan. Selepas refresh mulakan semula ujian. Dan 20 minit pertama berlangsung dengan baik.

Untuk bahagian B, kami di peruntukkan 40 minit. Ini adalah soalan yang memerlukan pegawai menyusun mengikut keutamaan 1- 5. Juga tiada betul dan salah, tetapi pegawai mestilah menyusun mengikut paling penting sehingga yang difikirkan kurang sesuai. Maka, UN ingatkan soalan bahagian B lebih mencabar, tapi entahlah pada bahagian B ini pula ada lebihan masa dalam 15 minit. Cepat pula menjawabnya. memandangkan sistem telah di setkan bahawa tiada button back, terpaksalah send , tamat.

Apapun harapannya, semoga setiap jawapan bahagian A dan susunan jawapan di bahagian B tadi adalah yang terbaik. Kami semua telah cuba yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga semua rakan-rakan seperjuangan juga berjaya memberikan yang terbaik. Harap semua yang ambil ujian capai band 5 Insyaallah.

Berkenaan pemangkuan pangkat, kenaikkan pangkat adalah ketentuan Allah swt. Walaupun untuk masa sekarang penetapan BMI adalah 28, UN yakin dan percaya Allah swt jugalah yang menentukan segalanya.

Alhamdulillah, semoga ada sinar bahagia dalam jabatan dan PDRM khasnya. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *