Happy Birthday Angah. 3 Feb 2025 genap usia 12 tahun. Sepanjang 12 tahun, Angah sejenis yang suka menonjol, baik akademik mahupun sukan. Angah hebat dalam pelajaran dan sukan. Cuma Ummi selalu nasihat Angah ken albeit rajin buat kerja-kerja rumah dan rajin membantu orang lain. bikan sahaja di sekolah nampak hebat, nampak gah dan nampak awak orang berguna, tapi mestilah dimulakan dari rumah.

Tahun ini rai kan birthday Angah di Sate Kajang Samuri. Kena pula masa cuti sekolah dan Along pun ada . Kalau bukan cuti sekolah biasanya akan sambut awal atau lewat seminggu untuk pastikan semua orang ada. Untuk tahun 2025, ini adalah tahun perjuangan. Angah perlu usaha lebih untuk berjuang ke sekolah menengah 2026. Semoga tahun ini Angah dapat bahagikan masa antara sukan dan pelajaran sebaiknya.

Doa kami, Angah jadi orang hebat, beradab, rajin dan bijak. Amin – Happy Birthday Angah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *