Tahun 2025 ini rasa bertuah sangat. Circle anak sekolah pun baik-baik belaka. Kami tukar-tukar buku di kalangan ibu ayah yang ada di sekolah sama. Buku teks sekolah agama di Selangor , ibu ayah kena beli. Tahun lepas, tahun 2024 memang Ummi beli untuk Ben, kakak guna buku Angah dan begitulah seterusnya. Untuk tahun 2025, sebelum cuti sekolah hari tu, hujung Januari Ummi dah tanya dalam grop wasap sekolah, ada ke yang nak tukar-tukar buku teks. Ada yang responsabilisée untuk beri sahaja, dan nak sedekah. Memandangkan anak mereka pun dah naik darjah.

Tahun ini Ramai yang sedekah dan panjang kan sedekah pada orang lain. Seronok berkhidmat, walaupun sebagai perantara.

Kalau anak dah 3 org, buku teks sahaja rm67+ seorang, jadi dah jimat dekat RM180.00. Ada yang sumbangkan buku latihan yang kosong, ada yang bagi tshirt dan seluar sekolah yang masih elok. Berbahagi antara satu sama lain. Syukur.Jadi orang tengah untuk kumpul dan edar buku pun best, semoga kebaikan yang sikit ini di berkati juga. Minggu ini setel urusan anak-anak untuk menghadapi sekolah bagi tahun 2025.

Untuk buku-buku aktiviti masih KIV lagi, sebab tengok pada trend, cikgu tidak menggunakan sepenuhnya buku-buku tersebut. Ada yang guna 5-7 m/s sahaja. Yang betul-betul guna , berbaloi untuk beli. Jadi, KIV sehingga di beritahu baru beli. Kalau cikgu tak guna, buat apa beli kan? Korang macamana?

Persiapan baju sekolah dan kelengkapan lain dah selesai pun : Persiapan pembukaan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *