Dah 12 tahun dah, pejam celik sikit lagi dah nak masuk sekolah menengah. Proses mohon IC untuk 12 tahun mudah dan cepat, 1 jam boleh selesai permohonan. Selepas seminggu baru ambil IC baru. 

Kesilapan malumat dalam sijil kelahiran

Selama 12 tahun ini juga baru perasan ada kesilapan maklumat dalam surat beranak. Permohonan untuk tukar maklumat makan masa juga. Peringatan juga sebenarnya, typo sikit-sikit tu bahaya. ada beza I dan 1 … ia membawa maksud berbeza. Apapun kena buat semakan sebelum appoval apa-apa catatan. Gituuu… 

Jaket tidak dibenarkan untuk buat gambar IC

Baju angah tu tak approved untuk buat ic, jadi kena tukar pakai blaze yang kaunter sediakan. Bagusnya Puan kaunter ini, memang layanan terbaik. Sopan dan bercakap dengan berhemah. Banding dengan orang kaunter satu lagi agak sikit kasar bahasa. 

Mujur Puan kaunter 11 ini berhemah, sejuk sikit hati. Next week pergi lagi, kebab nak ambil ic Ummi juga, tukar IC daripada I kepada G.. kebetulan dapatkan IC gambar baru di usia bakal 40an. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *