Assalamualaikum, bertemu lagi kita hari ini. Jom kita liat apakah bahagia yang sebenar dan bagaimana jika kita bersangka baik kepada Allah swt, Allah swt akan ganti dengan yang lebih baik.
Sahabat, pasti ramai antara kita mengimpikan untuk memiliki segulung ijazah. Memiliki segulung ijazah adalah impian semua pelajar. Termasuk saya yang ketika itu terus membuat keputusan untuk berada di Semester pertama Ijazah Perakaunan di UiTM Arau.
Oleh kerana keputusan peperiksaan semasa Diploma Perakaunan memberansangkan, jadi tiada masalah untuk terus belajar. Jadi, usia ketika itu hanya membayangkan yang saya mesti dapat apa yang saya impikan. Tambahan pula, jika berjaya saya adalah anak yang pertama bakal beroleh kejayaan di pentas konvokesyen yang memiliki segulung ijazah.
Aturan Allah swt sentiasa baik.
Rupanya aturan Allah swt itu yang terbaik. Semasa semester pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, saya juga ada memohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Rupanya bukan sekadar gatal tangan memohon, bukan juga sengaja tetapi itulah rezeki yang telah Allah swt aturkan kepada saya.
Tidak sempat menghabiskan semester pertama, saya mendapat tawaran temuduga sebagai Pengurus Kewangan W17. Saya masih dalam dilema untuk meneruskan pengajian atau menamatkan sehingga setakat ini sahaja.
Hari demi hari berlalu, saya dipanggil untuk sessi temuduga. Hari yang dinantikan tiba. Saya seolah-olah tiada perasaan gentar dan takut menghadapi temuduga tersebut di Pusat Temuduga Anak Bukit, Alor Setar Kedah.
Tidak berapa lama kemudian, saya menerima satu sampul yang dicop dengan cop kerajaan negeri Pulau Pinang. Seingat saya didalam surat tersebut memerlukan saya melaporkan diri pada 15 Ogos 2017.
Bayangkan semester baru sahaja bermula. Saya perlu membuat satu keputusan demi masa depan saya. Syukur dengan petunjuk dan juga restu bonda dan ayahanda akhirnya saya menerima tawaran tersebut. Walaupun jika difikirkan tawaran gaji ketika itu sangat kecil, hanya bermula dalam lingkungan lapan ratus lima puluh ringgit. Cuma apabila ditambah dengan elaun dapatlah gaji dalam seribu lebih.
Bantu mak dan ayah!
Besar atau kecil gaji ketika itu, fokus saya untuk bekerja kerana saya perlu berusaha untuk membantu bonda dan ayahanda saya. Saya tidak memikirkan bab ketidakcukupan.
Permulaan yang hebat bagi saya. Seorang yang memiliki Diploma Perakauan dari UiTM perlu bekerja sebagai kerani. Namun begitu saya bersyukur, kerana saya telah diterima masuk dalam perkhidmatan awam. Kalau fikirkan zaman tersebut, dapat bekerja dalam sektor awam adalah rezeki yang bermakna.
Kenapa saya memilih untuk menerima jawatan W17 ini, walaupun saya memiliki Diploma Perakaunan? Prinsip saya mudah iaitu biar apa sahaja kerja yang ada kita syukuri. Pasti akan ada nikmat yang lebih besar akan saya perolehi.
Siapa sahabat kita! Bukan pangkat bagi bahagia.
Permulaan yang biasa inilah yang membawa saya ke hari ini. Jika dulu saya bekerja walaupun dengan pangkat yang rendah, tetapi saya dapat rasai nikmat bahagia, dikelilingi kawan-kawan yang baik. Ingat saya kepada sahabat baik saya Kak Azila dan Kak Diana.
Ketika itu kami bekerja tanpa mengira hukum pangkat dan tiada sekelumit perasaan benci atau bersaing secara tidak sihat. Masing-masing bekerja dengan jujur dan ikhlas. Begitu juga dengan persahabatan yang dihulurkan. Semuanya jelas nampak disinar mata dan juga perlakuan.
Bermulalah zaman saya ketika itu bekerja sebagai penjawat awam. Bagi saya satu pengalaman yang indah apabila saya bermula hanya dengan menyewa bilik yang kosnya ketika itu dalam RM200 untuk satu bilik.
Bukan seorang, tapi bilik tersebut dikongsi bersama dua lagi penghuni. Bilik yang sempit, tidak mampu sekalipun untuk memuatkan walau sebuah katil “Queen”. Tidur pula hanya beralaskan tilam nipis yang digulung apabila tidak digunakan.
Namun begitu saya bersyukur makcik yang menyewakan bilik dan menumpangkan saya sangat baik hati. Bagi saya ketika itu, walaupun bergaji kecil namun saya rasa cukup. Hidup sempurna dan tiada pernah rasa kecewa.
Menyesal!
Jadi, saudara rasa saya menyesal atau tidak berhenti belajar? Saudara, jadikan apa yang kita ada sebagai tangga syukur kita kepada Allah swt. Yakin apa yang kita buat dengan petunjuk daripada Allah swt, pasti ada hikmah yang ingin Allah swt aturkan kepada kita. Langkah saya untuk menggenggam segulung ijazah tidak terhenti.
Rupanya saat Allah swt kurniakan rezeki saya berkerja di Jabatan Kerja Raya Komtar, Pulau Pinang ketika itu adalah untuk memberikan saya peluang belajar. Tidak lama selepas saya melaporkan diri, saya memohon untuk sambung belajar.
Teruskan Usaha!
Universiti Sains Malayia menjadi saksi saya untuk terus berusaha. Benar bukan, apa yang kita tinggalkan pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin jika terus belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ketika itu, saya akan berakhir dengan “Pointer” yang rendah dan akhirnya menanggung hutang belajar yang tinggi. Jadi, saya sangat bersyukur atas nikmat kerjaya pertama saya yang pernah saya lalui satu ketika dahulu.
Apakah yang saya cuba sampaikan? Kalian saudara pembaca. Mungkin kalian sedang menghadapi atau juga melalui kerjaya yang kalian merasakan ianya adalah setakat ini sahaja. Mungkin kalian sedang meratapi dengan kegagalan dan memikirkan bahawa tiada rezeki untuk menjadi lebih hebat, tiada rezeki belajar dan sebagainya. Sebenarnya, saya percaya dan yakin apa yang saudara sedang lalui adalah mengikut aturan yang terbaik yang sedang Allah swt aturkan.
Sama seperti saya katakan diatas, mungkin jika saya terus belajar dahulu saya bakal menanggung hutang yang banyak. Jadi, apa sahaja yang terjadi kepada kita baik atau buruk kita sebenarnya dilandasan yang betul. Jangan pernah sekali kita bersangka buruk dengan pemberian nikmat Allah swt kurniankan kepada kita. Jadikan kita manusia yang sentiasa bersangka baik dan mensyukuri setiap sesuatu. InsyaALLAH.
Pengajaran :
Jangan pernah sekali kita bersangka buruk dengan pemberian nikmat Allah swt kurniakan kepada kita. Jadikan kita manusia yang sentiasa bersangka baik dan mensyukuri setiap sesuatu. InsyaALLAH. Berkenaan dengan rezeki dan pangkat serta kekayaan semua itu akan datang apabila Allah swt tahu bila sesuai untuk dihadirkan kepada kita. Jadi, hiduplah dalam rasa bahagia dan penuh kesyukuran. Jumpa lagi next entry.
Betul tu UN. Dapat kerja pada masa tu ialah rezeki paling nikmat. Orang lain masih belajar, kita dah bekerja.
Betul tu, aturan Allah swt terbaik
moga murah rezeki UN ya. Alhamdulillah..
Amin.. syukur
Kak UN.kita sedih.tgok gambar mak ayah kak UN tu.moga mereka diberikan kesihatan yang baik dan dibawah rahmat Allah..
Terima kasih Dya. Ayah 3 hari selepas ambik gambar dia dijemput ilahi.
insafnya baca entry UN ni.. tapi macam nak request lagi je sambungan…
sy pernah dpt offer jawatan kerani juga tp semua org berkeras suruh abaikan je.. huhuh tp smpi skang sy terkenang offer tu..