Kisah Rezeki Dan Pangkat

Tengah suko ni🤣🤣, (cer cakap loghat kelate). Tadi dalam satu mesyuarat, sebelum menunggu pengerusi mesyuarat masuk. “Puan skuad mana?” “Skuad 3/2008,kenapa ya?”

“Masa awal-awal dulu Puan dengan Xxx antara yang awal disini. Ini baru 2 hari…. (sambil senyum kambing)” … terhenti! “Itulah Puan tak pandai”. “Rezeki itu Allah bagi ,dan saya tak pernah minta dengan manusia. Sebab yang bagi tu Allah swt”.

“Kumpulan Sedia!” Semua ahli mesyuarat bangun…. ( Tertib dalam pasukan ). Pengerusi memulakan bicara, “Suami Puan, Tuan Muazam dimana sekarang?” “Ada Tuan, dia di KDNKA!” “Owh saya ada jumpa dia, malam mess ke dimana tak ingat”.

Dalam hati ada ke Mr Suami pergi mess night, macam tak ada je😃. Mesyuarat bermula….bla..blaa..blaaa..

Ibrah:

REZEKI

Al-Qaşaş:60 – Dan apa jua (harta benda ,pangkat dan kekayaan dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

JANGANSOMBONG

Al-Qaşaş:76 – Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

Tujuan hidup:

Setiap daripada kita da tujuan hidup masing-masing. Ada yang merasakan pangkat dan kekayaan itu yang membahagiakan. Ada yang merasakan dengan kuasa dia akan lebih baik dan boleh berkhidmat dengan cemerlang. Berbalik kepada tujuan dan niat. Apakah tujuan sebenar kita melaksanakan sesuatu tugasan? Adakah semata-mata untuk mendapat penghargaan manusia atau redha Allah swt?

Semoga setiap rezeki Allah swt aturkan kepada kita buat kita lebih dekat disisi Allah swt. Dan bertambah iman serta Taqwa kepadaNYA. Bagi saya dan suadara yang masih tidak mendapat rezeki pangkat di dalam jabatan yang sedang kita bekerja jangan mengalah dan kecewa. Cuba pandang rezeki daripada sudut masa, anak-anak dan juga “rasa”. InsyaAllah, orang tenang sentiasa menang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge