• Saya Ada Cerita

    Tadika mahal atau murah yang mana pilihan ibu ayah?

    Saudara, kita ini bila telah menjadi ibu pastinya kita cuba lakukan yang terbaik. Tambahan pula bila anak yang pertama. Anak pertama menjadi bahan percubaan dan dialah juga yang menebas lorong untuk adik-adiknya. Anak yang pertama apabila sudah tiba masanya untuk mula belajar  adalah satu cabaran bagi serang ibu. Saya juga mengalami situasi ini ketika tahun 2014. Ketika itu anak pertama berusia 4 tahun. Zaman berubah tidak lagi seperti kita dahulu yang menunggu usia 6 tahun baru bermula alam persekolahan. Sekarang, siapa yang boleh menguasai ilmu dengan cepat maka dia akan berada di hadapan. Anak yang sulung dipercayai akan berjaya dalam…