Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Kita orang kampung, buktikan kita boleh!

Posted on 12/17/201712/17/2017 by umminani

Meskipun lahirnya seseorang dari sebuah daerah dan kampung kecil. Itu bukanlah bermakna tiada masa depan yang cerah bagi anak-anak kecil seperti saya ketika itu. Usah berputus asa andai tiada rezeki untuk terus belajar.

Hidup ini rezeki dimana-mana!

Hidup ini umpama cacing nun jauh di dalam tanah. Walaupun mereka hidup tersembunyi, namun masih ada rezeki yang diberikan oleh Sang Pencipta. Setiap orang ada rezeki yang telah dijanjikan sejak mereka dilahirkan. Begitu jugalah kita.

Ejekan daripada orang sekeliling dahulunya adalah kata-kata dianggap memedihkan jiwa, menyakitkan hati, namun sebenarnya segala duka tersebut hanyalah pemangkin kejayaan seseorang.

Walaupun dihina, diejek dan dicaci semangat yang kuat bukannya daripada orang sekeliling. Pendorong kejayaan kita adalah diri kita sendiri.

Mengimbau zaman persekolahan, saya adalah antara pelajar yang aktif. Bak cerita saya pada awalnya, saya hanya seorang anak buruh kasar yang bekerja di ladang. Bonda pula hanyalah seorang suri rumah. Namun, matlamat menggapai bintang tersemat jauh disanubari.

Sejak dibangku sekolah rendah, pertandingan bercerita, pidato malah perbahasan amatlah diminati. Jiwa seorang peguam bagaikan terdidik sendirinya. Ini bermakna, sejak dibangku sekolah saya telah didik oleh guru untuk terus berani kehadapan.

Walaupun berada di Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Beseri Perlis iaitu sebuah sekolah kampung tetapi perjuangan ingin berjaya tidak pernah luntur. Sekolah kampung bukan sebarang kampung, saingan antara pelajar masih segar diingatan.

Ya, saya dan rakan-rakan membesar disebuah kampung malah bersekolah bukanlah sekolah yang diangkat sebagai sekolah premier. Semangat belajar dan kesungguhan adalah rahsia kejayaan.

Teringat sungguh saya dengan sahabat saya, Hanim, Azira, Fizah, Faharul, Rahim, Ajmali , Zaini, Kamal Amri, Afni dan ramai lagi. Mereka juga hanyalah asalnya daripada kampung. Ketika itu, saya berada dalam ‘circle’ mereka adalah satu tuah dan rezeki yang saya syukuri sehingga saat ini. Kejayaan mereka sebagai sahabat ketika itu menyuntik semangat saya.

Setelah saya dan rakan-rakan berjuang ketika itu untuk peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kami masing-masing berpisah.



Pemilihan sahabat.

Memilih sahabat daripada zaman persekolahan lagi amat penting. ‘Circle’ atau kelompok pergaulan akan menentukan siapa kita. Jadi atas sejarah hidup ini, saya amat menitik berat perihal anak-anak termasuk dengan siapa mereka berkawan.

Namun, kejayaan yang saya impikan dan pelangi impian saya musnah apabila saya tidak mendapat tempat ke sekolah menengah ‘elite’ di Kangar, Perlis. Saya menyambungkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad Arau. Kekecewaan saya tidak lama, saya tetap mantapkan perjuangan sehinggalah saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ketika itu.

Oleh kerana jarak dari rumah ke sekolah agak jauh, saya menumpang sahabat baik saya Nazatul Shima dan Nazatul Syida. Mereka anak guru, ya…ayahnya mampu menghantar menggunakan kereta. Sedih mengenangkan nasib saya, terpaksa menumpang kenderaan orang lain. Ada kalanya arwah ayahanda menghantar saya dengan membonceng capcai.

Asrama Seawal Usia 13tahun

Saya tekad, saya harus berjuang untuk dapatkan tempat di asrama seawal usia 13 tahun. Apabila permohonan saya diluluskan, saya bagaikan menjerit kegembiraan “Yes!!, Yess!!” “Nooraini, tawaran penempatan di Asrama Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad, Arau.” Terus saya bersetuju dan alhamdulillah ayahanda dan bonda juga tiada halangan.

Sekali lagi, peperiksaan besar tiba. Saya harus mengaturkan sebuah perjalanan masa depan. Samada meneruskan pelajaran di sekolah ini atau mencabar diri meneroka suasana yang baru.Saya yakini, saya boleh pergi lebih jauh. Peperiksaan bermula, dan apabila tiba masa mengambil keputusan peperiksaan, syukur.

“Mak, kakak dapat 6A, 2B”. Seronok bukan kepalang. Saya berjaya mencapai impian dan keputusan peperiksaan yang saya harapkan. Doa mak ayah saya terbayar dengan keputusan peperiksaan seperti ini bagi seorang anak kampung seperti saya.

Asas yang membuatkan saya tidak terus dalam dilema dan situasi berputus asa sebenarnya adalah kerana saya ada rakan-rakan yang lebih berjaya. Saya cemburu!Mereka lebih hebat berbanding saya. Kejayaan mereka menguatkan semangat saya.

Peranan sahabat seperjuangan amat penting dalam kehidupan seseorang mengejar pelangi dan cahaya kejayaan yang sedang menanti dihadapan.Jadi, melalui fasa ini sebenarnya mengajar saya bahawa peranan sahabat seperjuangan amat penting dalam kehidupan seseorang mengejar pelangi dan cahaya kejayaan yang sedang menanti dihadapan. Saudara pembaca, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang teramat penting dalam menentukan siapa kawan rakan anak-anak.

Bayangkan, jika anak-anak kita tersalah pengaruh kawan. Nauzubillah, ini perkara yang menakutkan saya sebagai ibu bapa zaman moden ini.

Saya dan saudara pembaca mungkin kita sama. Keluar ketika subuh dan kembali kerumah ketika hari melabuhkan tirai.  Pelbagai sikap bos dan juga rakan sekerja dihadapi. Namun, dalam apa jua cabaran, keluarga dan anak-anak perlu menjadi keutamaan. Nanti saya ceritakan bagaimana kesan kesibukkan itu adalah api yang merosakkan anak-anak dan ianya mengambil masa penyembuhan tersebut.

Semoga coretan pagi minggu ini menjadi inspirasi kepada anak-anak dan adik-adik yang berada di pedalaman. Kita semua boleh berjaya walaupun dimana juga berada. Terbaru kejayaan sepupu saya dalam PMR.Tahniah AININ NAZIRA 8A!

12 thoughts on “Kita orang kampung, buktikan kita boleh!”

  1. Min says:
    12/17/2017 at 9:26 am

    Ye..betul tu UN..kejayaan & rezeki kte ditentukan Allah, bukan dari mana asal kte..

    Reply
    1. umminani says:
      12/17/2017 at 5:58 pm

      betul tu kak Min, siapa kita hari ni tak penting. Yang penting usaha untuk lebih maju dan berjaya.

      Reply
  2. IQ aka Izyan Balqis says:
    12/17/2017 at 10:31 am

    Aah kak UN. Keadaan skrg dgn pergaulan anak2 skrg amat membimbangkan. Sy ad adik yg masih bersekolah menengah pun sgt risau apatah lagi arwah ummi dah tak ada. Huuuu

    Reply
    1. umminani says:
      12/17/2017 at 5:54 pm

      IQ, adik kena pantau dan sentiasa ingtakan dengan pelajaran agama. InsyaALLAH dunia berjaya akhirat terjaga.

      Reply
  3. Moha says:
    12/17/2017 at 12:25 pm

    Tahniah UN.. semangat macamni yang kita nak ada pada anak2.

    Reply
    1. umminani says:
      12/17/2017 at 5:59 pm

      Kak moha, kita ni biar membebel tapi ada pengajaran. TAK MAU MEMBEBEL KOSONG.

      Reply
  4. Puan Za Mohmad says:
    12/17/2017 at 2:08 pm

    Suka baca entry UN, kadang boleh dijadikan inspirasi buat mereka diluar sana

    Reply
    1. umminani says:
      12/17/2017 at 5:54 pm

      ZA, niat satu jer biar apa kita buat boleh bagi manfaat kepada orang lain. InsyaAllah boleh.

      Reply
  5. Sofinah Lamudin says:
    12/17/2017 at 2:46 pm

    Bagus betul penulisan kak UN. Apapun, memang betul apa yang kak UN cakap tu, “Pendorong kejayaan kita adalah diri kita sendiri” . Tahniah kak UN..

    Reply
    1. umminani says:
      12/17/2017 at 5:53 pm

      Betul tu, nak berjaya bukan daripada dorongan orang lain tapi diri sendiri.

      Reply
  6. ina says:
    12/17/2017 at 9:38 pm

    pembakar semangat org kata…itu yg bagus. Orang2 berjaya,semua asal dari kesusahan..

    Reply
  7. Warisan petani says:
    12/17/2017 at 9:42 pm

    Bila dah berjaya jangan lupakan kampung tempat asal usul kita

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

UMMINANI

INSTAGRAM

ummi_nani

SELAMAT HARI GURU #selamathariguru2022 #SelamatHa SELAMAT HARI GURU

#selamathariguru2022 #SelamatHariGuru #kbba9 #raudhahislamicschool
SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjur SESSI Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjuran Flyhigh Training Centre . Seronok anak² dpt jumpa Cikgu Bob secara live. 

Tak habis² Along cerita best ya belajar bersemuka dengan Cikgu Bob. Terima kasih cikgu sebab  share tips & ilmu yang bermanfaat.

#bengkelpkskukkm #MRSM #sekolahberasrama 
#flyhighteducationcentre
#anakanakumminani #kbba9
DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networki DAY - 2 , bagi semangat untuk bangkit dan networking dengan sahabat yang luar drp lingkungan sekolah. 

Belajar hari ini pun, ada saingannya. Nak ke MRSM , nak ikut jejak Umi? Nanti Umi pikirkan, yang mana sesuai. Tetapi untuk masa sekarang, grab sahaja ilmu dan peluang yang ada. 

Kita hanya usaha, tetapi Allah yang menentukan.
Load More... Follow on Instagram

BLOG KAWAN MAYA

  • Sedap tak menu di Richiamo Caffee Cafe ..
    Published on 2022-05-16 By Ana Jingga
  • Selamat Hari Guru 2022
    Published on 2022-05-16 By Azhafizah MN
  • Kari Kambing Tanpa Santan ? Sedap Ker ?
    Published on 2022-05-15 By Saidila Abdul Rahman
  • Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan dapatkan tawaran menarik serta diskaun.
    Published on 2022-05-14 By Sue Izza
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Recent Comments

  • Nina Mirza on Permohonan ke MRSM 2023
  • Darcy James on Beli emas online di Kedai Emas Hajjah Halijah ; Halijah Jewels
  • azni on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Nina Mirza on EM Drink + apa khasiat dan kebaikkan?
  • Syasya on Crystal Skin by Rish Beauty – kulit sihat dan cantik
  • anne on Sambung belajar untuk penjawat awam, berapa kos perlu?
  • Zura on Freezer bertingkat Midea 188L Upright Freezer MUF-208SD ; beli masa PKP

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Mingguan Wanita Disember 2020

Sambungan – Singapura

Mingguan Wanita OKT 2016

Harian Metro 4 Ogos 2019

team tarik tali ipd kajang

Harian Metro 11 Mac 2018


pemantauan udara pdrm

TUMIT TINGGI – RTM TV 1

https://youtu.be/ZQxjM9u91lc

NONA TV3

https://youtu.be/uX_GaKd3G-g

Jemputan ke TV Al Hijrah

https://www.youtube.com/watch?v=qx8TFD-bWSo

MHI – MC0 2020

https://youtu.be/2jP1sn9rMGc
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Carian

Arkib

© 2022 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme