Ayah meninggalkan kami semua pada 27 Julai 2014 bersamaan 29 ramadhan jam 4am. Pada malam sebelumnya arwah ayah nampak tenang sahaja. Tiada perubahan yang dilihat. Siap sempat bawa p makan kat hotel beberapa hari sebelumnya.

Seperti pada kebiasaan petang sahaja mak akan bertanya ayah, apakah yang ingin di makan dan minum. Ayah petang 28 ramadhan itu minta nak makan murtabak dan juga cucur udang yang di jual di Jejawi.
Kami juga pada petang yang sama beli nasi kandar di Pasar Ramadhan di Mata Ayer. Arwah hanya makan sikit sahaja, memandangkan sayang nak buang ke tong sampah, entah bagaimana, baki ayah makan petang tu , ummi simpan untuk adik dan abang makan. Alhamdulillah abang mustaqim dan adik makan habis baki yang ayah makan sebelumnya. Ini kali pertama dan terakhir abang Mustaqim dan adik muhaimin makan makanan ayah yang berbaki dengan seleranya.
Petang terakhir Ayah
Seingat ummi masa ini, petang masa berbuka ayah minta minum air susu , susu pekat yang dibancuh, tetapi tak habis minum. Masa lepas maghrib juga ayah minta adik Hafizuddin(adik bongsu ummi) mandikan ayah. Adik cuma cakap pada mak, ” takpa ker mandi malam-malam, risau ayah penat sahaja”. Tapi adik dan mak turutkan sahaja permintaan ayah.
Malam sebelum ayah meninggal tu ummi dan anak-anak dah tidur awal, cuma Mr Suami sahaja dan adik yang lewat tidur. Suami sempat makan murtabak lagi malam tu di dapur , katanya masa dia makan di dapur tgk keadaan ayah elok dan macam biasa sahaja.
AYAH meninggalkan kami

Jam 4am mak kejutkan kami “kak, bangkit tengaok ayah ni..dalam 2x juga mak panggil, kami masa tu tidur kat ruang tamu. Mak cakap ayah jatuh daripada katil. Masa tu tengok keadaan ayah perkara pertama adalah memeriksa nadi ayah. Mak suruh adik panggil pak lang aziz, manakala ummi call ambulans. Walaupun pada masa tu kami ragu-ragu samada ayah masih bernyawa atau tidak, utk sedapkan hati mak kami cakap bernadi. Ambulans dari hospital Kangar sampai dalam jam 425am. Terus mereka pasangkan alat untuk check pernafasan ayah. Menggunakan alat , bila di scan , jelas ayah meninggal dalam jam 4am .
Ziarah Oleh Saudara dan Rakan-Rakan Arwah Ayah
Jam 7am selepas solat subuh , ummi dengan suami pergi ke IPD Padang Besar, untuk melaporkan kematian. Ocs cuti cum kematian dimaklumkan kepada AOCS. Kpl Rohani yang menerima report terus keluarkan permit penguburan.
Jam 730am kami sampai balik ke rumah . Dan dalam jam 8 lebih AOCS ada call untuk beri sebarang bantuan untuk arwah ayah sebagai kebajikan. IPD Arau salurkan bantuan 40 unit kerusi untuk orang yang menziarah duduk. Dan menggunakan land rover untuk mengangkut palong untuk mandikan jenazah.
Gambar arwah ayah ketika dimandikan. Alhamdulillah semuanya selamat. Yang memandikan adalah Paklang Aziz, suami, adik Hafizuddin , Ammar anak Dik Zan , Naim dan juga Abang Mat anak pak njang Chot.
Proses Kapankan Ayah



Solat jenazah di imamkan oleh pak lang Aziz, 2 kali solat jenazah , sekali di rumah dan sekali di masjid. Alhamdulillah ramai yang menunaikan solat jenazah ke atas arwah ayah.
* Mustaqim tak terkecuali menunaikan solat jenzah ke atas arwah wan
Jenazah arwah ayah di bawa ke masjid Bukit Keteri dalam jam 1.00 tghari. Selesai solat zuhur, dilakukan solat jenazah untuk kali ke-dua, dan selepas itu di bawa ke Tanah Perkuburan Kg Bukit Keteri untuk di kebumikan . Segalanya berjalan lancar. Dibantu oleh sepupu, suami dan adik serta rakan taulan ayah di kampung. Pak lang Aziz, membacakan Talqin untuk arwah ayah.

Ini baju raya yang kami belikan untuk ayah, oleh sebab kami cakap ayah jangan pakai sehingga hari raya yer, ayah simpan alngsung tak nak sarungkan baju ini, dalam keadaan cantik lagi. Kami ambil untuk simpanan sebagai kenangan.

Baju terakhir ayah pakai yang di bukakan ketika mandi jenazah.
Sijil kematian ayah. Semoga roh arwah tenang disana.
Al-fatihah.
Alfatihah..
UN simpan semua gambar yer .. huhuhu k azni tak terpkir nak amik gambar arwah ayah.
Meninggal tahun yg sama juga .
Alfatihah ..
aah masa tu ingat nak simpan.blogger kan..