• Masam Manis "Life"

    Hari Terakhir ayah 29 ramadhan 27julai 2014

    http://umminoorainiali.blogspot.com/2014/07/hotel-sri-malaysia-perlis-berbuka.html Ayah meninggalkan kami semua pada 27 Julai 2014 bersamaan 29 ramadhan jam 4am. Pada malam sebelumnya arwah ayah nampak tenang sahaja. Tiada perubahan yang dilihat.  Seperti pada kebiasaan petang sahaja mak akan bertanya ayah, apakah yang ingin di makan dan minum. Ayah petang 28 ramadhan itu minta nak makan murtabak dan juga cucur udang yang di jual di Jejawi.  Kami juga pada petang yang sama beli nasi kandar di Pasar Ramadhan di Mata Ayer. Arwah hanya makan sikit sahaja, memandangkan sayang nak buang ke tong sampah, entah bagaimana, baki ayah makan petang tu , ummi simpan untuk adik dan abang makan. Alhamdulillah abang mustaqim dan adik makan habis baki…