AYAH INGIN KU PELUK JIKA KAU MASIH ADA

Dulu sewaktu kecil, mak dan ayah membesarkan aku dalam serba kekurangan. Ayah hanyalah seorang buruh kasar di Ladang Tebu, manakala mak hanya seorang surirumah. Tugas mak menyediakan kelengkapan makan minum kami adik beradik. Manakala, ayah kerja siang dan malam demi membesarkan anak-anak seramai 4 orang. Besar sungguh pengorbanan mereka, pendapatan yang sedikit terpaksa di gunakan demi membesarkan anak-anak dan mengikut kehendak anak yang meningkat remaja. Ayah ingin ku peluk jika kau masih ada, kerana pengorbanannya tiada ternilai.


KEHENDAK REMAJA KU DI PENUHI

Segala kehendak aku, dituruti. Waima, nakkan laptop dan motor waktu sekolah menengah ayah usahakan. Besar sungguh pengorbanan mereka, bila aku imbau kembali. Kerna apa, kerna saat kini aku tahu nilai wang tu, bukan mudah nak cari tambahan kami dari keluarga bukan kaya saat itu. Sebuah motor dan sebiji laptop bukan murah nilainya. Masyaallah.


NILAI KEPENATAN AYAH DAPAT KU RASAI

Sewaktu menjangkau usia 9 tahun baru aku dapat nilai kepenatan ayah bekerja di tengah panas terik. Ayah berusaha menghantar aku ke kelas tuisyen di malam saat, setelah penat mencari nafkah di siangnya. Kadangkala, wang ringgit tinggal RM5-Rm10 sahaja, tapi mak dan ayah gagahi menyara kami adik beradik sementara menunggu gaji seterusnya.  Besar pengorbanan mereka.

Ingatkan penat lelah ayah, buatkan aku semangat untuk terus berusaha tanpa patah semangat meneruskan anakku belajar kelas malam, walaupun kadang kala aku menangis kerana kepenatan.

“Jika dulu ayah berjaya buat untukku kenapa dengan kelengkapan serba ada aku perlu tewas dalam berusaha memberikan anak-anak usaha yang terbaik, pelajaran dan ilmu terbaik!”

Ngomol aku sendirian.


AZAM SEJAK DARI KECIL

Sewaktu itu telah aku berazam, supaya suatu hari nanti aku akan membantu mereka setelah aku dewasa. Itu azam aku sejak kecil. Apa yang ayah dan mak lakukan dahulu pada aku dan adik beradik, itulah yang aku praktiskan untuk anak-anak aku yang juga 4 orang. Tegas dalam kasih sayang untuk melihat mereka berjaya di masa depan, dunia dan akhirat.


PERGINYA AYAH SELAMANYA

Sayangnya, ayah usianya tidak panjang. 2014 ayah telah dipanggil kembali. Perginya ayah selamanya dari hiduoku. Aku hanya dapat berbakti kembali kepada ayah dalam kira-kira 6tahun sahaja, setelah tamat belajar dan bekerja. Pendekkan masa? sewaktu hidup ayah berpesan

“Kakak,buat apa sekalipun buat sampai habis..jangan sesekali buat sekerat jalan”.

Pesan itu aku pegang sehingga kini.


PESAN AYAH YANG TERKAHIR

20140727_142412
29 RAMADHAN 2014, SEHARI SEBELUM AIDILFITRI AYAH BERSEMADI SELAMANYA

Sebelum ayah menghembus nafas terakhir pada 27 Julai 2014, bersamaan 29 ramadhan sehari sebelum raya, sempat menyatakan beberapa hasrat pada ayah. Dapat lihat riak wajah ayah yang gembira. Terkenang waktu kami diatas katil ayah, aku dan anak-anak bercerita dan bergurau senda.


PERSIAPAN RAYA MENGINGATKAN AKU PADA AYAH

20140725_191850
GAMBAR SEMASA IFTAR RAMADHAN DI HOTEL SERI MALAYSIA2014, 4 HARI SEBELUM AYAH KEMBALI SELAMANYA

Sekejap sahaja masa berlalu. Kini hampir 2 tahun ayah kembali, tiada lagi baju raya untuk ayah. Disaat melalui bahagian tshirt lelaki jenama Crocodile, John Master, Allah…bagaikan ingin menitis air mata ini..Ayah rindunya pada ayah…disaat membawa mak membeli belah…hati ini terasa sunyi. Ini aku, bagaimana pula mak?


KINI AKU HANYA ADA MAK

PicsArt_06-14-11.52.00

Aku kini hanya ada mak untuk aku belikan baju raya dan persiapan raya yang lain. Esok jika mak tiada…mesti aku lebih kesumyian. Hanya suami dan anak-anak peneman ku. Ya Allah berilah aku peluang untuk bersama mak lebih lama. Berilah aku rezeki yang secukupnya untuk berikan dan salurkan kebahagiaan kepada Mak..hanya mak yang aku ada.


MASA DEPAN AKU HANYA DENGAN SUAMI DAN ANAK-ANAK

FB_IMG_1459913189459

Semoga apa yang aku ada kini, suami dan anak-anak menjadi teman sepanjang hayat ku. Aku hanya ada mereka, doa mereka yang aku pinta. Biarkan, kasih aku pada anak-anakku akan menjadikan hari tuaku penuh cahaya bahagia.


JADIKAN KAMI CONTOH DAN TELADAN UNTUK ANAK-ANAK

Jadikan aku dan ibu bapa lain, sahabat-sahabat aku contoh untuk anak-anak kami.

“Ya Allah, hanya engkau pengatur alam ini. Aturkan sebaiknya bagi kami, berikan kami jalan yang lurus.”

Salam Ramadhan.

4 thoughts on “AYAH INGIN KU PELUK JIKA KAU MASIH ADA”
  1. Al-Fatihah.. InsyaAllah, dengan menjadi anak solehah, yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya, paling kurang selepas solat, akan memudahkan urusannya di alam lain.

    Aura si ayah kan, masa kita kecil, selalu mahu ikut kehendak sendiri, bila dah besar, baru faham jerih payah si ayah dan ibu dalam membesarkan kita..

    Semoga kita semua berjaya mendidik anak dengan sebaiknya, menjadi generasi yang memperjuangkan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *