• Umminani

    AYAH INGIN KU PELUK JIKA KAU MASIH ADA

    AYAH INGIN KU PELUK JIKA KAU MASIH ADA Dulu sewaktu kecil, mak dan ayah membesarkan aku dalam serba kekurangan. Ayah hanyalah seorang buruh kasar di Ladang Tebu, manakala mak hanya seorang surirumah. Tugas mak menyediakan kelengkapan makan minum kami adik beradik. Manakala, ayah kerja siang dan malam demi membesarkan anak-anak seramai 4 orang. Besar sungguh pengorbanan mereka, pendapatan yang sedikit terpaksa di gunakan demi membesarkan anak-anak dan mengikut kehendak anak yang meningkat remaja. Ayah ingin ku peluk jika kau masih ada, kerana pengorbanannya tiada ternilai. KEHENDAK REMAJA KU DI PENUHI Segala kehendak aku, dituruti. Waima, nakkan laptop dan motor waktu sekolah menengah ayah usahakan. Besar sungguh pengorbanan mereka, bila aku imbau…