Bergaduh laki bini, duit tak cukup bila dekat hujung bulan…ada masuk banyak keluar. Ehm, ramai yang hadapi masalah macam ni kan? Tapi sebab apa? Dulu masa susah duit sedikit tapi cukup, bila dah kaya dan ada lebihan duit banyak tetap tak cukup. Hidup makin lama makin merudum jatuh. Tapi, mungkin sebab kita lupa sesuatu. Jom tonton video yang Zakat Selangor dah sediakan  :

Dah tonton video ni kan? Ehm , dah faham kenapa satu-satu isu tu jadi pada kita? Sebenarnya kenapa kita kena berzakat? Salah satu sebabnya zakat tu wajib, betul kan? Jadi, andainya hidup kita serba tak kena, rezeki tersekat-sekat malah ada masa hidup rasa tunggang-langgang, apa kita kita kembali kepada fitrah.

Macam video kat atas ni…mana tahu rezeki kita selepas dah buat yang wajib ni akan bertambah. Malah, dapat menarik nafas lega dan keluarga bertambah harmoni.

INFO ZAKAT: 

Hukumnya wajib.

Rukun Islam yang ketiga dan sebagai ibadah dari segi harta.

Mempunyai kadar yang tertentu (nisab) dan masa untuk dikeluarkan (haul).

Mempunyai penerima yang tertentu, iaitu 8 asnaf (penerima) Zakat

SIAPA LAYAK MENERIMA ZAKAT?

Siapa 8 asnaf penerima zakat ni? Kita ni dah biasa sangat dengan masyarakat dan budaya. Bila orang sebut zakat, kita hanya tahu yang terima tu orang susah. Tapi orang susah yang macamana baru layak terima zakat?  Mai Ummi nak cerita. Ada 8 asnaf yang layak terima zakat. Antaranya  :

Ada 8 asnaf zakat iaitu:

1 )Asnaf Fakir: Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2) Asnaf Miskin: Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3) Asnaf Amil: Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4) Asnaf Muallaf : Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5) Asnaf Riqab: Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6) Asnaf Gharimin :Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan: Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya. Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak. Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

7) Asnaf Fisabilillah : Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

8) Asnaf Ibnu Sabil :Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

Putus bekalan dalam perjalanannya. Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan. Ditinggalkan dalam perjalanan.

Zakat SelangorZakat dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan. Zakat Selangor telah berusaha untuk mengagihkan Zakar kepada semua penerima yang layak seadilnya.

Berkaitan  :Zakat membantu asnaf baiki taraf hidup- Jom bayar zakat sekarang.

Pengagihan Zakat Selangor Kepada Asnaf :

Bunyi guruh berdentum , kilat menyabung. Itulah biasanya sikap orang kita. Tanpa selidiki kita dah mula menyalahkan pelbagai pihak, termasuk Zakat Selangor. Kita nampak orang susah tidak dibantu oleh Zakat Selangor, kita dah mula menuding jari, malah tak kurang yang memperlekehkan Lembaga Zakat dalam menguruskan pengagihan.

Tahun 2016 :

Bukti daripada pihak Zakat Selangor bahawa ramai yang telah mereka bantu. Agihan wang dilakukan. Cuma, mungkin akibat daripada kurang publisiti, maka masih ramai yang menuding jari kepada mereka, jika ada pihak yang tidak menerima zakat.

Kita sebagai orang yang bijak pandai, apa salahnya jika kita selidiki dahulu sebelum mengiakan satu-satu perkara.

SHAH ALAM, 23 Mei 2017 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sebanyak RM33,033,720 bantuan zakat kepada 46,046 asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor bersempena dengan kedatangan Ramadan dan Hari Raya pada tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM10,055,240 diagihkan kepada 13,567 keluarga asnaf fakir, manakala sebanyak RM21,735,680 diagihkan kepada 29,841 keluarga asnaf miskin dan RM1,242,800 diagihkan kepada 2,637 asnaf mualaf.

Setiap penerima fakir dan miskin akan menerima bantuan zakat di antara RM550 hingga RM1,000. – Sumber – Zakat Selangor .

Bagaimana nak menguruskan pemberian zakat peribadi atau zakat perniagaan?

Sebenarnya ramai yang tak tahu yang nak berurusan dengan Zakat Selangor amatlah mudah. Nak uruskan zakat peribadi, zakat pendapatan mahupun perniagaan amat mudah. Ummi pernah kongsikan  Cara Bayaran Zakat Online Melalui Maybank2u kepada Zakat Selangor ,  boleh menggunakan Ezakat Pay.

Cara kedua : Log in Maybank2u , pilih payment dan pilih Lembaga Zakat Selangor. Amat mudah, dan hanya di hujung jari dapat menyelesakan masalah kita. Layari  : MAYBANK2U untuk pembayaran secara online .

Bayangkan kegembiraan adik-adik ini apabila mereka menerima bantuan zakat. Memberi lebih baik daripada menerima, itulah ungkapan yang boleh buat kita tersenyum bukan sahaja diwajah tapi kebahagiaan itu juga yang akan beri sinar di hati dan jiwa kita.

Tiada lagi alasan untuk kita tidak berzakat. Kini pelbagai kemudahan dah disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor terutamanya. Maka, niatkan setiap hasil dan pendapatan kita mesti dibersihkan dengan zakat. Rezeki berkat, hati tenang, jiwa bahagia. Ummi yakin dan percaya , jika ramai orang kita sedar kepentingan dan tuntutan berzakat, insyaAllah ramai lagi yang dapat kita bantu.

Lembaga Zakat Selangor dah banyak mencari solusi bagi memudahkan kita berzakat. Serius, sejak Lembaga Zakat Selangor dah lancarkan pelbagai kemudahan , kini tiada lagi alasan kita tidak berzakat. Niat yang baik ke jalan ALLAH swt pasti akan dipermudahkan.

Jom baca banyak lagi info dan maklumat berkaitan zakat di WWW.ZAKATSELANGOR.COM.MY

Semoga usaha yang sedikit ini , dapat memberikan impak dan kesedaran kepada kita semua yang membaca. Selamat berpuasa  dan menunaikan tuntutan fardu dalam hidup kita.

Salam Ramadhan.

WEBSITE : Lembaga Zakat Selangor

FACEBOOK : Zakat Selangor

ALAMAT : Bahagian Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2 , Persiaran Akuatik , Seksyen 13 , 40100 Shah Alam ,
Selangor Darul Ehsan

TALIAN ZAKAT SELANGOR : 1-300-88-4343

EMAIL : [email protected]

13 thoughts on “Zakat Selangor : Mudahnya berurusan dengan LZS”
  1. yup betul tu… kalau rasa duit masyukk jer tapi still x ckup.. kena audit blk diri kita… zakat kalau x kluarkan x berkat pendapatan kite dan itu yg buat rs tak cukup jer…

  2. Setuju sangat2…. apa yang Allah suruh tu tentu ada sebabnyakan? Semoga rezeki kita lepas ni lebih diberkati…

  3. Ramai yang tidak tahu…
    Sebenrnya Lembaga Zakat Selangor banyak membantu pelajar-pelajar IPT yang susah…
    Macam ditempat saya bekerja, ada pelajar tu dapat bantuan zakat untuk bayar sewa rumah setiap bulan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *