sumber : gambar google

Hiuols, nak masak apa hari ini..samalah kita hari-hari meng google apa nak masak. Ummi nak share salah satu masakan gulai kesukaan Ummi masak adalah Gulai Lemak Ikan Tongkol. Ummi suka isi ikan tongkol, tambahan jika makan dengan nasi dagang . Umph! fuh sedap.

Rupa ikan tongkol :

Ini rupa ikan tongkol kalau kita nak cari di pasar. Ummi biasa beli di kedai aceh  jer, sebab ikan tak tahan lama kalau di simpan di peti ais lama-lama. Melainkan kalau beli banyak sebahagian kena bekukan di bahagian atas.

Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tongkol

3 mangkuk santan

3 sudu besar cili kering kisar – sukatan ikut kesukaan dan kesesuaian

2 atau 3 keping asam keping

10 biji cili api

Garam , gula dan perasa secukup rasa

Minyak untuk menumis.

Bahan-bahan kisar :

10 Biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 incin kunyit hidup

2 hiris lengkuas

Gulai Lemak Ikan Tongkol
sumber : google

Cara masakan Gulai Lemak Ikan Tongkol :

Bersihkan ikan sebersih-bersihnya. Kemudian rebus ikan bersama dengan asam keping dan garam sehingga air ikan tinggal separuh.

Dalalam periuk lain, dah siap sediakan minyak untuk menumis. Biarkan minyak panas dan tumis bahan kisar , cili kering kisar sehingga naik bau dan kacau  sehingga pecah minyak. Gunakan api yang sederhana , biar slow dan steady kata orang.

Lepas tu, masukkan santan dan kacau hampir pecah minyak .Bila dah agak kuah dah okay, masukkan ikan , asam, garam , gula dan perasa secukupnya.

Biarkan sehingga kuah pecah minyak dan renehkan seketika. Selepas itu, masukkan cili api dan tutup api. Siap!

Mudahkan ? Ehm, balik petang pun sempat nak buat. Cuma bila bahan dah cukup, lagi mudah. Yang penting masa makan tu, masakan kita masih fresh.  Mungkin idea ini boleh jadi idea untuk menu berbuka puasa. Jimat dan mudah. Jom amalkan masakan dari rumah, dari dapur ke hati suami dan anak-anak. Simple dan sedap..okay ?

Tips :  Selain ikan tongkol boleh juga gunakan ikan tenggiri dan juga ikan bawal. Ummi suka juga kalau gantikan dengan ikan bawal dan di tambah dengan bendi. Fuh! Sedap, makan pula dengan papedom.

Resepi kuih muih  :

Kuih Keria Gula Melaka Yang Jadi Trending Di Media

Resepi donut mudah, pertama kali Ummi buat gebu gebas

2 thoughts on “Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol Ringkas Dan Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *