Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Petua di dapur yang sangat manfaat untuk di amalkan.

Posted on 05/23/2017 by umminani

Pesan ustaz Azhar Idrus “Orang perempuan biar tak pandai masak, janjji rajin masak”.. Hehehe serius Ummi sokong sangat kenyataan ustaz. Yer la, lepas belajar dulu mana sempat nak belajar masak kan..sokong? Takper, kita boleh google resepi banyak di internet. Ehm, kali ini Ummi nak share petua di dapur yang boleh dipraktis tiap-tiap hari dan ini sangat penting tau.

Antara petua di dapur yang Ummi share ini adalah petua yang bergua, yang mana Ummi pun mencari cara penyelesaian pada peringkat awal berkahwin. Jemput baca.

Petua di dapur – Cara Simpan Teh

Teh jika salah cara penyimpanan akan menyebabkan teh berbau hapak. Cara yang betul simpan teh adalah dengan letakkan teh dalam bekas tertutup rapat dan pastikan tidak terkena matahari. Jika tidak , bau aroma teh akan hilang. Sebaiknya gunakan bekas yang gelap. Kalau nak cari bekas teh yang cantik-cantik boleh tengok kat instagram : tupperware_kl.

Petua di dapur – Cara Simpan Beras

Ehm, ramai orang beli beras 5 kilo pun belum tentu habis. Terutama yang ibu-ibu bekerja. Jadi nak siman bera kena lah betul caranya, kalau tidak nanti beras akan mula di serbu kumbang. Cara simpan yang baik untuk mengelakkan beras daripada kumbang beras adalah dengan meletakkan tujuh  hingga laan tangkai cili kering dalam bekas beras. Lepas dah letak, timbus cili kering dalam beras tadi. Boleh cuba tau, lepas ini tak la teruk nak mencuci beras sebab banyak kumbang kan.. 🙂

Petua di dapur –  Segarkan Sayur

Ummi akan beli sayur pada setiap hujung minggu atau kalau mood rajin , biasa plan untuk beli 2 kali seminggu. Biasanya sayur Ummi beli akan layu. Rasa menyesal beli banyak tapi akhirnya sayur rosak dan layu. Tapi bila dah tahu cara dan petua segarkan sayur yang di beli, kini sayur Ummi lebih segar sebelum masak.

Ummi akan keluarkan sayur dari peti sejuk dan rendamkan dalam cuka makan selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran sayur, cuka juga dapat menghilangkan kotoran pada sayur. Jadi, nak makan sayur dan membeli seminggu sekali bukan lagi masalah pada Ummi.

Petua di dapur – Cara Hilangkan Hamis Daging

Ummi biasa beli daging ini bila Along minta, sebab Along suka daging masak kicap. Mr Suami pula suka sup daging. Tapi nak masak daging ni perlukan kesabaran nak tunggu daging empuk. Emak Ummi turunkan petua supaya daging tak berbau hamis. Masa merebus daging, akan keluar buih-buih hitam, jadi kita perlu tapi buihbuih ini dan hanya tinggalkan air yang jernih sahaja. Selepas itu, baru masak makanan kesukaan keluarga. Bila bau tak ada, masakan pun jadi sedap. Tak caya? Cubalah

Resepi Ummi  :

Resepi donut mudah, pertama kali Ummi buat gebu gebas

Okay ini sahaja petua di dapur yang Ummi nak share kali ini. Boleh cuba yer. Bye..semoga masakan kita menjadi penambat hati suami dan anak-anak.

4 thoughts on “Petua di dapur yang sangat manfaat untuk di amalkan.”

  1. IQ aka Izyan Balqis says:
    05/23/2017 at 11:36 am

    bab sayur tu IQ selalu ada problem, cepat sangat sayur layu, kena cari cuka plak lepas ni…hehe

    Reply
    1. umminani says:
      05/23/2017 at 12:53 pm

      aah cuka menbantu ,sebba tu badan kita pun kena ambil cuka juga .

      Reply
  2. ema says:
    05/23/2017 at 1:07 pm

    Thanks for sharing ummi..selalu membazir tang sayur tu.

    Reply
  3. Anuar says:
    05/23/2017 at 5:09 pm

    Koleksi petua yang ringkas.. Tapi cukup bermanfaat..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung PSM MAKASSAR vs SABAH Live Streaming Score Piala AFC 2023
    Published on 2023-10-04 By Azhafizah MN
  • Murah-murahnya petai kat Sungkai
    Published on 2023-10-04 By Ana Jingga
  • 8 Khasiat Butterhead Lettuce Ramai Tak Tahu
    Published on 2023-10-04 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Mencari Prebiotik ? Aku syorkan Manna dan Tayebat !
    Published on 2023-10-04 By Ben Ashaari
  • Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30: RM500,000 untuk Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan
    Published on 2023-10-04 By azni
  • KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30 BERJAYA MENGUTIP DANA RM500,000
    Published on 2023-10-04 By Nadia Johari
  • Kenapa Pilih Fly High Education Centre Untuk Tuisyen Online
    Published on 2023-10-03 By Lya Imtiyaz
  • Prudence Foundation Lancar SAFE STEPS Kids Climate Change
    Published on 2023-10-03 By Bro Framestone
  • Percuma!!! Permainan Memasak Kanak-kanak Dalam Talian
    Published on 2023-10-02 By Mohaz Sue
May 2017
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
May 2017
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme