Resepi donut mudah, pertama kali Ummi buat gebu gebas

Hi semua. kalau uols ada singgah blog Ummi , mesti perasan yang blog ini memang kurang resepi kan. Hahahah , maafin gueee! Ummi memang hari-hari masak, tapi ianya bukan passion. Jadi nak tulis lagi lah kan. Masak pun setiap hari masakan yang simple gitu. Asalkan balik kerja, masak dan suami serta anak-anak tidak berada dalam keadaan kelaparan. Kali ini Ummi rajin sebab dah lama Along minta masakkan Donut gebu gebas! Hahaha resepi donut  mudah ini pun Ummi “terjumpa” dalam facebook.

Alkisahnya lepas balik dari buat ukuran baju kat Setiawangsa, Ummi yang rajin tiba-tiba ni ajak abah singgah dekat Mom’s Bakery di Pekan Semenyih untuk beli Mauripan. Dah pernah beli yis ni, tapi sebab dah lama beli dan simpan, maka masa sessi mencuci peti ais terus buang. Owhh ruginya!

Nak buat donut rupanya tak susah sangat. Cuma ambil masa, step by step nak buat.

resepi donut mudah
Bahan bahan untuk adunan pertama Donut Mudah

Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi donut mudah:

Bahan 1 :

2 sudu besar gula

2 sudu besar susu pekat

dan 1 paket mauripan

1 gelas air suam – bab ini tolongg la guna air suam. Jangan gunakan air panas , nanti yis mati dan boleh menyebakan adunan tak naik dan jadi keras. Rugi sangat.

Bahan kedua :

4 cawan tepung gandum / tepung serbaguna

2 sudu besar majerin / planta / butter – Ummi guna majerin sebab itu jer bahan yang ada di rumah.

2 sudu teh serbuk penaik

1 susu teh garam

Caranya mengadun resepi donut mudah :

Satukan bahan pertama dalam 1 bekas besar sampai naik macam buih. Kalau tengok at facebook, memang berbuih sakan yis depa. Tapi Ummi punya bancuhan berbuih sikit jer. Tapi masih ada buih berani teruskan agenda mendonut.

Biarkan dalam 30minit

Lepas 30 minit. Ummi buat adunan bahan kedua dan gaul sampai jadi rata. Lepas tu masukkan adunan yis tadi dan gaul sampai rata. Lepas dah gaul , biarkan selama 1 jam. Nak tahu lepas sejam apa jadi? Meriah  adunan tadi mengembang. Suka sangat tengok dan yakin bila dah kembang kalau buat donut mesti jadi lembut.

Ini pau kaya dah gebu, menggunakan adunan sama.

Bila dah kembang lepas sejam, Ummi buat bulat-bulat dan buat lubang di tengah tanpa guna cawan dan penutup botol. Nak cepat kan, yer la Ummi kat dapur  ada jer pengikut Ummi. Adik zakir dah mula bising. Tapi Ummi bagi dia main bekas supaya dia ralit.

Bila dah buat adunan tu macam donut, biarkan seketika dalam 30 minit sampai kembang. Lepas tu panaskan minyak dan terus goreng. Siap! Mudahkan…ingatkan nak buat donut susah. Rupanya  mudah.

donut coklat
Ini Donut yang dah siap digoreng. Kami tak buat donut gula yang biasa kita.makan tu, tapi buat donut coklat. Rujuk gambar kat atas sekali.

Resepi menggunakan 4 cawan tepung ini, Ummi buat pak tungku sebahagian dan juag pau kaya dengan coklat sebahagian.

Pau kaya dapat dalam 15 biji. Memang sedap ! Eh, bukan nak puji tau..tapi anak-anak yang cakap. Lepas dah siap makan, Along request buat dorayaki pulak! Lepas ini jangan terkejut kalau blog ini berubah jadi blog resepi. Try la buat, Ummi dah buat memang puas hati. Tak perlu jadi pakar pun boleh buat donut gebu. Hehehe lepas dah siap, memang ,menyelerakan makan bersama dengan Kopi Pegaga Warisan  .

kopi untuk sihat

Berkaitan  :

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Jangan Minum Kopi Pegaga Warisan

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge