Zakat membantu asnaf baiki taraf hidup- Jom bayar zakat sekarang.

Alhamdulillah, pada 3 Mac selesai program ziarah asnaf zakat daerah Petaling yang melibatkan lima keluarga penerima bantuan perubatan dan pelbagai bantuan zakat lain. Mereka adalah antara yang layak untuk dibantu oleh kita semua. Ini adalah wang zakat yang telah dikeluarkan dan semoga amanah yang Allah beri pada kita , kita dapat tunaikan dengan mengeluarkan zakat.

PENERIMA ZAKAT PERUBATAN:👇

1. Mustafa bin Mohamed Jaafar penerima bantuan susu kesihatan untuk anaknya yang mengidap sawan dan ceberbral palsy
2.Yusof Jenal penerima bantuan susu khas untuk anaknya yang turut menghidapi ceberral palsy.
3. Ruzana Rajuli ibu anak 6, suami mengidap stok seluruh badan. Penerima bantuan katil dan kewangan bulanan
4.Yusof Tan mempunyai anak yang menghadapi cerebral palsy dan suami sakit jantung. Menerima
bantuan kewangan bulanan, pendidikan dan hari raya
5. Nik Khuzaimah Nik Hassan menanggung suami stok seluruh badan dan sebahagian tempurung kepala dibuang. Menerima bantuan perubatan, sewa rumah, yuran dan pendidikan dan hari raya.

PENERIMA ZAKAT

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Petaling, Penghulu Mukim, Ketua Jabatan Pengurusan Daerah LZS, Pengurus Masjid Assalam Puchong, Ketua Amil kariah, AJK Masjid dan AJK Majlis Perbandaran. Melalui program seperti ini Zakat Selangor dapat berkongsi dengan masyarakat bagaimana agihan zakat dilaksanakan.😃😃

Berkaitan   : Zakat pendapatan dan cara kiraan

Kenali apa itu had kifayah dan Pendapatan Isi Rumah

Setiap pemohon akan dinilai kelayakannya berdasarkan kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil mesti mengambil kira kesukaran lain bagi pemohon jika ada untuk turut dipertimbangkan seperti:

  • Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara.
  • Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
  • Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon menanggung anak yang ramai
  • Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja.
  • Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti.

Pengiraan pendapatan hendaklah termasuk pendapatan isi rumah. Amil juga hendaklah mengambil kira keselesaan pemohon contohnya dari segi pemakaian telefon bimbit, kad kredit dan sebagainya. Siasatan hendaklah dijalankan ke atas setiap penerimaan pemohonan.

Berita lanjut di : Lembaga Zakat Selangor

Menarik : KENAPA AKU PILIH TYZARA" target="_self">KENAPA AKU PILIH TYZARA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge