Hi semua, Ya ALLAH lamanya rasa tak bersiaran. Hari ini dalam duduk berehat dan layan anak-anak main basikal kat rumah , sempat buka laptop nak mencoretkan kenangan indah saat kami di  Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2017.

Antara akttiviti yang masih Ummi tak update ini ha, ada 2 lagi perkara dan aktiviti best yang kami lakukan disana. Melepaskan anak penyu ke laut, yes.. pengalaman indah tu bermanja dengan anak penyu sebelum mereka kelaut dalam, dan yang pasti kita doakan anak penyu ini mampu bertahan sehingga mereka menyelam ke dasar.

Semasa taklimat di katakan bahawa ” anak penyu ini daripada 100 yang dilepaskan hanya kemungkinan beberapa ekor sahaja yang dapat survive. Sebab sebelum mereka ke dasar laut, mereka akan bertarung di permukaan air demi menyesuaikan diri. Mereka yang berjaya survive akan kembali ke pantai ini selepas 20 tahun akan datang.” Ehm, sedih sangat masa nak lepaskan anak penyu ini. Rasa rindu macam nak hantar anak balik ke asrama. ehhehe

Disclaimer: Kalau korang  kesini tak kena masa, tak dapat juga nak tengok anak penyu dan nak lepaskan ke laut. Jadi, kena doa banyak banyak, masa datang sini adalah musim yang betul. Dan semua ini ada charge. Seekor anak penyu yang ingin dilepaskan di kenakan bayaran seekor Rm20. Tapi tertakluk kepada perubahan semasa.

Artikel Berkaitan:

Review  The Legend Cherating Beach Resort Kuantan

Pirates Dinner  ditemani unggun api 

Nak sambung cerita  ni. Korang nak tahu? Bertuahnya kami yang pergi ke family day kali ini , sebab bukan sahaja dapat peluang  Review The Legend Cherating Beach Resort Cherating ,  malah kami dihidangkan dengan malam istimewa. Iaitu, makan malam  bertemakan pirates.  Menariknya, kali ini bertemankan unggun api yang sangat cantik. Malah hidangan malam tersebut sangat membuatkan kami rasa rindu sehingga hari ini. Makan malam yang rimantik dan ala pirates ini, sangat mengujakan bukan sahaja anak-anak, malah mak ayah juga.

Ummi suggest kat korang nak tengah plan nak bercuti bersama kawan-kawan atau nak buat mini reunion, disinilah tempatnya. Sebab apa tau? jom baca kat bawah :

5 sebab The Legend Cherating Beach Resort pilihan percutian:

Okay , Ummi dah share banyak tentang The Legend Cherating Beach Resort. Nak tanya, korang rasa teruja nak datang sini? hm, kalau ya, dapatkan lebih informasi di  informasi berikut :

Contact Person: Encik Meor (013-3319822)
Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
7 thoughts on “Lepaskan anak penyu dan pirates dinner di Legend Cherating sungguh wow!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *