Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim, syukur sangat ada kesempatan masa untuk update story sebagai kenangan masa depan. Demi anak-anak dan catatan menghargai anak ketika mereka masih kecil. Ummi dengan abah tahun ini decide nak hadiahkan Along basikal sempena birthday Along ke 7 tahun. Yer la, basikal ini bagus untuk bersukan dan nak galakkan Along suka dengan aktiviti outdoor, compare dengan main dalam rumah je.
Sabtu laluhari abah kerja, tapi Ummi pergi jer kedai dengan anak-anak. 2hb September, ehmm awal lagi ikutkan. Birthday Along 7 Sept. Tapi its okay, asalkan ada hadiahkan. So, kami bawa basikal lama Along untuk dibaiki brek. Ini untuk kegunaan Angah, syukur Angah jenis yang okay, so pujuk sikit dia dah boleh terima untuk tidak dibelikan basikal bari. Huiiiii, kalau nak beli untuk 4 orang parah mak! So, beli ikut siapa punya birthday je, okay la kan, dan pada masa yang sama belajar terima hakikat, ada masa orang lain punya rezeki, ada masa rezeki kita. So, alhamdulillah Angah dapat terima kenyataan.
Adik dengan kakak ini dah boleh naik basikal, cuma tak boleh kayuh. Ingat nak belikan adik kereta mainan jer, tapi bila pikir balik, nanti dia tengok prang lain main basikal berebut pulak, jadi agaknya apa pilihan Ummi? Ehm, Ummi nak jimat kos dan juga senang sekali harung jer membeli, jadi Ummi belikan basikal hijau ini untuk kakak yang birthday dia bulan November nanti, jadi fair la. Hadiah kakak dah ada, alhamdulillah.
Maaf kak! Ummi tak beli yang warna purle, sebab nanti kalau adik yang naik pelik pula warnanya, jadi beli hijau warna universal.. “Mi, kakak nak pink!” Pujuk kakak..tapi…maaf yer kak, Ummi rasa hijau lagi lawa. heheh physco la sikit, asal lawa dan ada basikal dah cukup baik kan. hehehe
Akhirnya , inilah hadiah untuk Along, saiz 24 kalau tak silap basikal ini. Nak yang besar sikit supaya tahan lama, tapi tak sesuai dengan ketinggian Along. Jadi, ambil yang Along naik ni je.
Kat atas ni geng budak sekolah taman kami, ehm ramai juga kawan Along ni. Tapi bagus depa pandai bercampur, ada Cina, ada India..kiranya lengkap la geng 1 Malaysia. Heeheheh, bagus belajar bermaufakat dari kecil, harap sampai besar depa berukhwah macam ini. Kawan tanpa kira cerdik pandai dan pangkat, betul?
Ini pula geng anak Umminani, hehehe semua dah pandai berbasikal, cuma tak semua pandai kayuh. Besar sat jer adik pun! Ehm, Along, kami semua ucapkan happy birthday kat Along dan harap Along membesar jadi anak soleh dan rajin ibadah serta membaca al quran. Ummi abah dan adik-adik tak ada keinginan lain selain melihat Along jadi ustaz yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Along boleh kan? Ini hadiah daripada kami semua untuk Along, HAPPY BIRTHDAY ALONG!
happy birthday along! anak sulung kak ummi baru 7 tahun? ingatkan lagi besar dari tu, means nampak matang sangat!
comel jer kakak dan adik bongsu, macam sebaya
Happy birthday Along.. moga jadi anak yang soleh. untung rumah atas tanah ni. leh naik beskal. kami atas langit, ssh. hahaha
happy birthday..seronok tengok anak-anak sis…semoga semuanya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat pada orang tua. Amin…