• Umminani

    Shatavari Himalaya untuk tambah susu badan dengan selamat

    Hi semua, apa khabar? Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim semoga setiap penulisan ini dalah dengan izin Allah swt. Yer la, korang pernah rasa apa yang kita tulis tu sebagai jihad, sedekah tak? Ehm, biarlah setiap penulisan kita kerana benar dan memberikan manfaat kepada ramai orang yang membaca. Okay, hari ini nak kongsikan tentang pil herba Shatavari Himalaya untuk tambah susu badan. Pil herba Shatavari Himalaya Ummi ada seorang lagi baby yang menyusu badan. Adik Zakkir la orangnya, dah masuk 1 tahun 5 bulan . Alhamdulillah masih lagi beri adik susu badan. Ummi sibuk dengan kerja siang hari, jadi malam sahaja Ummi bagi adik bf. Adik kan lelaki, jadi korang tau jer la anak lelaki…