Hi semua, ehm dah try ke naik MRT? Kami ada kesempatan Ahad lepas naik MRT dari Kajang ke Pasar Seni. Kami cuba naik dari Stadium Kajang, namun begitu parking amat terhad, jadi Ummi pusing ke MRT Sungai Jernih. Dan syukur kat sini ada parking bertingkat. Amat mudah kalau nak park dan naik MRT dari stesen ini.
Mungkin sebab sini baru dan kuran kepadatan penduduk , jadi stesen MRT Sungai Jernih sunyi sahaja tanpa kehadiran ramai pengguna. Kami terus dapatkan tiket untuk menaikki MRT. Tapi nak tahu apa berlaku?
HARGA TIKET MRT KAJANG – PASAR SENI
Tiket tok pegang tu untuk warga Emas 60 tahun ke atas. Harga pula separuh daripada biasa. Ummi plan nak ke KL Sentral, namun KL SENTRAL kalau nak pergi kena tukar LRT. Ummi cuba dulu ke pasar Seni. Harga tiket kanak-kanak 7 tahun keatas dah macam harga dewasa RM4.30 dan tok bayar hanya RM2.10 sahaja. Murahkan. Token warga emas boleh beli di kaunter dan untuk token dewasa boleh beli menggunakan mesin. Pastikan ada juga stanby syiling, sebab kadang mesin ini ada waktu buat hal.
Ops lupa nak cakap, kalau park dekat parking bertingkat kos adalah RM4.30 bagi sekali masuk. Ehm, mahal jugalah , tapi murah jika bandingkan nak bayar ikut jam. So, okaylah.
ehm, muka sememeh weh! Apa tidaknya asalnya plan nak ke rumah abang Ummi kat Putrajaya, tapi bila call depa keluar ke Bangi, tu yang ubah plan bawa mak dan anak-anak naik MRT. Suci bersih jer muka, hahaha redha mak!
Orang tak ramai masa naik dari Sungai Jernih nak hala ke Pasar Seni. So selesa yang amat, oleh engok permandangan yang cantik dari pandangan atas raiL MRT. Suasana selesa , sejuk dan wangi jer.. yer la MRT kan baru lagi, pastilah semua keselesaan di sediakan.
Masa perjalanan
Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit dari Kajang ke Pasar Seni.Dan Ummi perasan sampai jer kat area Vivatel, gelap! Rupanya melalui terowong yang panjang sehinggalah ke Pasar Seni. Ehm, dah rasa baru tahu, bukan sepanjang perjalanan cerah semua. Dan memang best, teruja sangat. Mak pun suka. Kami sampai kat pPasar Seni ingat nak ke KL -Sentral, tapi bila semak harga tiket LRT, ehmmm! Mengecewakan sebab seorang harganya RM3.70 juga, baik naik MRT balik ke Kajang dan makan kat Sate Kajang Samuri. Jadi, semua ahli rombongan Ummi setuju.
Sampai semula kat Stesen Sungai Jernih lebih kurang 630 petang, dan Ummi serta rombongan kami segerakan solat asar yang dah di penghujung waktu.
KEMUDAHAN DI STESEN MRT
Kemudahan disini selesa, ada surau yang sejuk sangat dan bilik ar yang selesa. Mudah kalau hari-hari menggunakan MRT, bab solat bukan isu sebab semuanya disediakan. Ada juga 1 mini market disini, mungkin baru lagi di stesen ni jadi kurang meriah. Dan untuk kemudahan OKU serta warga eas ada disediakan lift untuk digunakan.
SATE KAJANG HAJI SAMURI
Kami singgah makan di sate Kajang Samuri. Akhirnya perjalanan kami tamat pada jam 840 malam. Ehm, nak solat di sate Kajang Samuri juga mudah, sebab kat tingkat atas ada surau yang selesa disediakan. So, kalau belum cuba nak MRT, oleh la cuba lepas ni. Satu pengalaman indah tau. Okay, last pesanan Ummi, harga setiap kemudahan awam yang disediakan di Malaysia. Bye, jumpa lagi semua.
Link berkaitan :
ayat kak ummi nani last tu macam tergantung, harga perkhidmatan awam ape yer?
ape2 pun seronok tengok jalan2 naik mrt ni. IQ tak sempat lagi nak jalan2 naik mrt. InsyaAllah, satu masa nanti. =)
belum berkesempatan lagi Sal nak try MRT…cam best je bawak anak anak kan…
Alah, belum try lagi MRT. Bestnya tengok gambar2 ummi nani, paling best gambar sate tulah! Adoi merecik 😀
ahh ayat last apa maksudnya..tergantung ehh..btw teringin juga bawa anak2 naik mrt one day
nak kena try sekali ni naik mrt , bestnya nak g pasar seni nak beli pingga viral eh