Bismillahirrahmannirahim, ya Allah rasa bersyukur penat lelah 2/3 hari lepas dah hilang. Ini pula masanya nak kongsikan cerita betapa seronoknya kami adakan majlis kesyukuran yang kecil dan simple ini. Syukur, semua hajat Ummi terlaksana demi Along dan suami. Ini hadiah untuk Along bagi birthday ke 7 tahun.
Korang nak tahu? Kali ini Ummi masak dengan mak dan juga Mr Suami jer tau. Kos keseluruhan majlis dalam RM800.00 tidak termasuk kos seekor kambing. Ayam pula Ummi beli di Segi Fresh sekilo RM6.60, jadi Ummi beli sebanyak 15 ekor.
Kisah di Chow Kit- murah ke barang disini ?
Orang selalu cakap beli kat ChowKit barang basah murah. Nak cerita bab ni Ummi berpendapat taklah murah pun, sebab apa ? Okay, Ummi ke sana, harga ayam sekilo RM8.00 , dan Ummi minta kurang kalau beli 15 ekor pun dapat seekor dalam RM7.50 sahaja. Jadi mana datang murahnya? Ehm, sayur pulak Ummi beli ulaman dan serai lengkuas serta halia. Semua tu sikit-sikit kos dalam RM40.00 . Ingat nak boroang banyak barang lagi, tapi tak jadilah, gila semua harga macam mahal kot. Kalau di Segi Fresh jauh lebih murah.
Lagi satu hal, keluar dari pejabat jam 1130 pagi, dan pusing punya pusing dpaat beli barang dalam 1230 rasanya. Adoi dah lah jalan sempit , dan ada pula kereta yang amat banyak. Ehm, menyesal juga lah datang ke pasar Chow Kit ni.
Lepas Ummi beli sayur terus gerak ke Tesco Kajang. Ummi beli alas meja kain ,hanya RM3.00 semeter. Ummi beli pink , biru dan pink gelap. Semua total RM30.00, bagi Ummi okaylah dengan kualiti kain dan juga harganya.
Balik dari sana baru lah ke Segi Fresh, ehm badan dah rasa penat. Sampai jer Segi Fresh jam dah tunjukkan pukul 2.00 petang..aduii letihnya waktu macam ni nak beli barang. Gagahkan diri beli beras, ayam 15 ekor, dan lain-lain barang termasuk bihun. Kos semua habis kat sini saja RM400.00 .
Kepala Gas pula tak ada!
Bali rumah sampai tepat jam 330 petang, terus solat zuhur ..ehm lewat lagi! Mohon Allah swt ampunkan dosaku hari tersebut. Dan balik rumah mak dengan Mr Suami yang basuh ayam . Dapur kura Ummi pula tak ada kepala gas! Hadoi, dah solat pergi pula kedai Rakan. Beli yang high pressure, dan balik pasang kat rumah tak keluar gas !
Dem! Macam-macam hal, last pergi semula dengan Along ke pasaraya Rakan, tukar beli yang normal pressure macam yang kita guna kat dapur biasa. Dah pasang semula ke dapur kura tu, yes! Menyala, syukur.
Tengok jam macam mencemburui sangat. Jadi terus Ummi blend halia, serai bawang dan lengkuas untuk ditumis bagi masak daging kambing. So, tanpa berlenggah , terus tumis dan biarkan kuah masak. Resepi mak ni, so yang mai rumah boleh komen apa rasa kambing Ummi masak denagn resepi mak.
Kek Birthday :
Kek birthday Along Ummi belikan yang biasa je, terpikir nak beli yang ada upin ipin , yang ada cartoon dan sebagainya, tapi pikirkan hak cipta tu taerus tak jadi. Sebab ada teraca , tak boleh ikutkan sokong penjual kek yang jual kek bergambar tu, sebab hak pemilikkan tu bukan kedai kek punya. Kek dijual mahal sebabkan gambar bukan sebab kek. jadi sebab isu ini Ummi elakkan dan belikan kek biasa jer kat Along.
Cik Nana dengan pakcik sponsor kek juga untuk Mr Suami dengan Along. Terima kasih dan terima kasih juga kalian berdua kenduri buah tembikai dan tisu. Semoga di murahkan rezeki ya.
Angah ni tak ada kena mengena dengan kek ataupun majlis . Hahahah tapi takper, dia tumpang kek birthday Ummi je. Ummi punya birthday 22 hb Sept. So celebrate awal dengan anak-anak , suami dan keluarga.
Majlis bermula jam 1130 pagi, tapi jam 12 tghari baru mula ramai. Serono k amat, ada kawan-kawan ada sedara mara, ada ramai jiran datang. Meriah sungguh. Dan tak lupa keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang datang iaitu Kak Nina Mirza, Shehan dan Kak Moha serta keluarga. Meriah yang amat. Alhamdulillah syukur, yang lupa ada majlis pun ada..ehehehe lawak betul. Takper, maknanya tak ada rezeki ke sini. Puan Nora dan suami terima kasih datang, dan Tuan Azri, En Syahdan ramai lagi la termasuk Yus dan keluarga, Tuan Aswad, Ustazah Ema dan ramai lagi. Terima kasih, Seronok, tak sabar nak ajak korang ramai-ramai buat BBQ kat rumah nanti.
Akhir sekali terima kasih kepad ayang datang, yang bawa hadiah kat Along, yang sedekah duit dan sebagainya. Kami sekeluarga amat hargai. Semoga kehadiran kalian bukan sahaja memeriahkan majlis tapi membawa semua benda tak baik keluar dari rumah kami. Insyaallah. Terima kasih .
Jom baca berkat tetamu ke rumah :
Sedutan – artikel diatas
#1. Kedatangan Tetamu Membawa Berkat
Diceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang senang kedatangan tetamu. Namun berbeza dengan isterinya kurang senang dengan tetamu yang datang.
Setiap kali lelaki itu membawa tetamu datang ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik.
Kemudian lelaki itu menceritakan keadaan ini kepada Rasulullah saw. Mendengar keluhan lelaki itu,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan
bertamu ke rumah kita.”
Rasulullah saw juga berpesan kepada orang itu,
“Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tetamu pada saat keluar rumah.”
Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Pada saat tetamu masuk, dia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.
Rasulullah saw bersabda,
“Kedatangan tamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana.”
Setelah menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tamu.
Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut.”
meriah majlisnya, maaf kak Ummi Nani tak dapat hadirkan diri.
tahniah buat suami ummi dan selamat ulang tahun along , semoga membesar jadi anak soleh buat ibu ayah . ..maaf sangat tak dapat hadir . tapi suka dan seronok dapat tengok gambar tetamu2 yang ada .
bab kek tu memang dari dulu tak gemor bercorak watak kartun , sesekali jer terlepas tapi lama kelamaan anak-anak dah tak kisah asalkan kek tu sedap sudah .
tq kak dila, tAPKER NANTI ADA MASA DATANG LA JALAN KE RUMAH INSYAALLAH DAPT SEMBANG LAMA