Hi semua, bismillahirrahmanirrahmin. Alhamdulillah makin sembuh dari sakit yang dialami. Hahahah semua ni effect dari  kesilapan yang lepas, dn bawa sampai hari ini. Bermula dengan salah guna kosmetik dan salah facial, akhirnya sehingga kini kulit jadi sensitif yang amat.

Lepas muka pernah alami kesan teruk , Ummi baiki kulit dengan Vit C Serum ANNONA, lepas tu muka dah okay. Tapi, lepas beberapa lama jadi lagi. Salah satunya, rasa rugi stop pakai Vit C  Serum ANNONA. Patutnya teruskan jer.   Adoii, tak boleh salah sikit, naik gatal. Nekad, lepas ni Vit C, tak kira serum ke , drip ke atau pil wajib ambil. Semua tu baik untuk kulit dan untuk orang macam Ummi yang sesekali makan buah.

Kali ini jadi lagi, aduhh, 3 September kulit jadi gatal dan gatal. Ehm, krang boleh rasa tak merenyam macamana, asyik nak menggaru sahaja. Pedih dan gatal yang amat. Tak tahan sangat , makan, hari Ahad 3 September pergi jumpa Doktor dan cucuk sedas.

Ummi jumpa doktor biasa kat Klinik Dr Rajen dan Surgery di Taman Pelangi Semenyih. Doktor nasihatkan lepas muka dah hilang bengkak, kena pergi semula pada 5 September untuk jumpa Dr Mira.

Jadi pada 5 September , hari Selasa tu ambil cuti dan pergi semula ke Klinik untuk check dengan Dr Mira. Dan kata doktor kulit dah jadi nipis yang amat. Kalau lepas ni nak pakai apa juga kat muka kena hati-hati . Petua doktor Mira, pakai coconut oil sahaja untuk cuci make up, dan elakkan guna apa juga pencuci murahan di pasaran. Semua tu ada bahan kimia. Serik weh!

Inilah wajah , masa ni 5 September 2017, muka dah surut, cuma kerig dan gatal. Stresss ! Asyik muka jadi macam ni. Hilang keyakinan owh. Betul, korang kalau jumpa orang cacat muka, tak lawa, atau ada cacat cela jangan lah caci jangan mengata tau.

Sebab kita tak minta wajah yang sakit, wajah ada kekurangan. Tapi benda nak jadi. Serius, yang alami sahaja dapat rasa tekanan ni tau. Jangan mengeji tau!

Lepas Dr Mira cadangkan suntik Vit C. Ummi mula-mula risau juga tapi bila dah tanya pada pakar , dibolehkan selagi tak menyalahi syarak dan tujuan.

So, Ummi pun setuju. Setuju untuk ambil pakaj Vit C, lagi jimat dan mudah berkesan. 

Kali pertama masukkan Vit C. Kos semua, Rm300 untuk 10 botol Vit C dan drip pula harganya Rm40.00, so korang kira lah kos semua berapa harga. Ehm, terpaksa lah nak buat macamana!

Ni pula wajah selepas masukkan Vit C, 6 Sept 2017. Masih gatal, tapi elok sikit daripada asal.

Tak sabar nak tunggu hasil selepas 10 botol Vit C di masukkan. Harap semuanya kembali normal.

So, nasihat Ummi, bagi korang yang dah cantik tu, kekalkan. Tak usah terpedata dengan bahan jualan di pasaran. Tak semua sesuai. Penjual mereka hanya menjual, kita yang memilih dan bagi blogger pula, kita bukan tikus cubaan. Mereka takkan bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada kita. Kita bertanggungjawab untuk tubuh dan badan serta jasad kita.

Biar cantik tapi masih tujuanNya kerana Allah swt. Wallahualam. Doakan Ummi juga di sembuhkan seperti sediakala. Amin

 

16 thoughts on “Kesan bila wajah rosak akibat kosmetik dan bahan tak sesuai!”
  1. Semoga cepat sembuh kak. Sesetengah produk kosmetik ni (yang keluaran tempatan) ni kadang kandungan pun dia tak tulis. DIa tulis ‘natural’ dgn bahan-bahan yang konon natural tu. Detail-detail semua tak mention.

  2. Alhamdulillah, moga Nani makin beransur pulih.
    Ambil iktibar dari kejadian ni, akak pun memang tak berani pergi facial atau cuba macam² produk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *