Kesan facial kalau tak kena dengan kulit memudaratkan

Wanita ini memang obses nak cantik. Siapa setuju? Kadang muka dah lawa, tapi nak juga lagi lawa, ada sahaja yang tak puas hati pada wajah sendiri. Ini termasuklah Ummi sendiri. 22/11/2016 tarikh keramat bagi Ummi. Petang Selasa tu , sebabkan off day maka saja la seronok nak pergi buat facial. Suka-suka sebab di M*****a di Semenyih ada promo untuk facial. Tapi lepas buat tu  barulah Ummi tau bahaya facial ini kalau tak kena dengan kulit. Sebab tak semua kulit sesuai dengan kulit kita. Nak kesan facial yang baik kena jumpa doktor sebaiknya.

kesan facial
Kesan sehari lepas lakukan facial

Kesan Facial

Masa ini muka bengkak dan berair. Tak dapat nak buka mulut nak makan makanan yang terhidang pun. Bila pergi klinik doktor cucuk Hydrocot untuk hilangkan bengkak. Bengkak nak surut ambil masa 3 hari juga la.. masa ini Ummi cuti sakit dan duduk jer kat rumah. Muka keluar air bisa, bila baring rasa air keluar dan kering jadi berkuping. Oiii sedih tak tau nak cerita masa ini. Stress risaukan muka ni boleh pulih ke tak.

kesan kosmetik
Muka kesan daripada facial

Beberapa hari menanggung kesakitan, akhirnya bengkak surut. Tapi ada luka-luka di muka. Macam jerawat tapi bukan jerawat. Sebabkan masa jadi tu gatal, Ummi garu la tak tahan kut menanggung sakit, akhirnya ada juga kesan-kesan luka di muka dan berparut.

Ummi tak tahu allergic bahan apa sebenarnya, cuma bila dah terkena doktor nasihatkan no more facial after this okay! Kulit dah cantik tak payah nak facial-facial, pakai jer apa yang sesuai dengan kulit sebelum ini! Ini antara nasihat Doktor ka Ummi. Sedih kot tengok muka jadi teruk, kesan lepas facial. Menyesal dah tak guna.

Nasihat Ummi

Nasihat Ummi, bagi blogger atau orang yang bukan blogger jangan obses nak review semua benda. Tambahan lagi produk kosmetik dan juga lain-lain produk di pasaran secara sukahati. Ada bayaran jer, nak cuba. Bahaya kita tak nampak adalah bahan yang digunakan dalam kosmetik tersebut kemungkinan mercury yang boleh bagi kesan kepada kulit dalam tempoh masa yang kita tak tahu.

Jadi nak kekalkan kecantikkan wajah elok guna bahan alami dan juga bahan yang telah di akui dari segi kebersihan dan juga keselamatan. Penting ini wajib tahu bahan apa dalam alat kosmetik yang kita gunakan.

Oleh sebab tu, Ummi teruskan menggunakan Luminous Pearl By Cosmoderm yang mana bagi kesan baik kepada kulit Ummi. Dah tak nak tukar kepada produk lain, waima offer daripada mana-mana pihak dengan bayaran yang lebih tinggi. Serik. Berhati-hati ya.. ­čÖé

Posts Tagged with…

Reader Comments

  1. YB Shehan

    saya pun memilih kalau bab facial ni. serius mmg takut sangat. pergi tempat yang mmg dipercayai ramai dan dah lama bertapak inshaa Allah. itu pun kena alert jgk tkt x kena dengan kulit kita. untuk kulit sensitif, patutnya facial staff kena patch test dlu kat kita (kat pelipat tmpt paling ok nak test apa2 krim pun), mana tau naik merah-merah ke, so xyah buat facial. itu yg spttnya dorang buat. hmmm. nasib dah jelita balik..

  2. Fieza Sani

    adoi..takutnya..tue saya kadang2 kalau ada review untuk facial ke apa, saya tak berani nak tadah muka..takut tak sesuai…tapi kalau bukan sbb review pun, jarang sangat buat facial..konsisten guna skincare yang dah serasi dengan kulit je…

  3. Munirah Izzan

    Penah gak jdi.. huhu.. pkai pencuci muka je on the spot kuar bintik2 merah.. huhu.. terus stop.. masa tu ramai yg tgk terus gelabah org yg bt demo tu.. yg x bleh blah tu dia salahkan produk yg kita pkai sblm tu..

  4. Mamatisya

    Saya pn takut nk facial sbb takut xsesuai ngan kulit.. Mcm review product kt blog kalo melibatkan muka mmg tk amik sbb kita xtahu produk tu sesuai ke tk.. Alhamdulillah dh surut bengkak tu

  5. Syimayusuf

    Syima pun pakai cosmoderm vitamin E sekarang. Sebelum tu syima pakai satu produk yg tak sesuai dengan muka terus naik merah-merah. Terus syima stop pakai, and sekarang pakai cosmoderm. I love cosmoderm

  6. Mummy Julia

    Adoiiii.. teruknya. Mummy pun sama allergic ngan produk2 kecantikan ni.. sebab tu mummy tak berani review produk kecantikan atau pun pakai produk sebarangan , kalo jadi macam ni buat naya ja..

  7. anuar

    Pengalaman pertama dan terakhir saya buat facial masa nak kahwin.. masa tu tunang saya (kini isteri) ajak saya buat facial supaya semasa majlis perkahwinan kami nanti kulit muka nampak cantik..
    Tetapi apa yg kami harapkan adalah sebaliknya.. lepas facial jerawat makin byk tumbuh.. sebelum facial, muka saya ada jerawat sikit2.. tapi beberapa hari lps facial byk pula jerawat yg tungguh.. cukuplah itu pengalaman pertama dan terakhir untuk saya..
    anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blogMy Profile

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge